Seindah Cerita: October 2016

Tahniah ! Senarai Bloglist November Blog Seindahcerita

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 


Tahniah!
  1. http://dhia-manja.blogspot.my/2016/10/segmen-bloglist-november-blog.html
  2. http://meinnameisthazrina.blogspot.com/2016/10/segmen-bloglist-november-blog.html
  3. http://www.mariafirdz.com/2016/10/segmen-bloglist-november-blog.html
  4. http://kanvasdakwat.blogspot.my/2016/10/segmen-bloglist-november-blog.html
  5. http://deariescouple.blogspot.my/2016/10/segmen-bloglist-november-blog.html
  6. http://www.sallysamsaiman.com/2016/10/segmen-bloglist-november-blog.html
  7. http://ucingkadayan.blogspot.com/2016/10/segmen-bloglist-november-blog.html
  8. http://akhalilah.blogspot.my/2016/10/segmen-bloglist-november-blog.html
  9. http://www.mialiana.com/2016/10/segmen-bloglist-november-blog.html
  10. http://eda83.blogspot.my/2016/10/segmen-bloglist-november-blog.html
  11. http://ciklapunyabelog.blogspot.my/2016/10/segmen-bloglist-november-blog.html
  12. http://www.inanihazwani.com/2016/10/segmen-bloglist-november-blog.html
  13. http://www.qiyasaad.com/2016/10/segmen-bloglist-november-blog.html
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

Aeon Big I'm coming

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 


Aeon Big I'm coming | Kalau nak di kirakan, dah tak ingat dah rasanya bila kali terakhir menjejakkan kaki ke Aeon Big Alamanda nie uolls. Sebab selalu kalau pergi Alamanda biasanya pergi GSC atau pun kedai² dekat luar tu je..

So,malam khamis yang lepas..ntah kenapa tetibe je en.husband beria noo nak ikut MIL pergi alamanda. So,nieyl mengikut perintah saja..(dalam hati memang nak cari barang pun) ,tapi muka tak boleh tunjuk yang diri tu excited...hihihi..


Tu MIL nieyl tengah shopping barang keperluan rumah nieyl tumpang tisu tu je dekat troli MIL. Actually kan, kagun gila tau nieyl tengok MIL shopping barang keperluan rumah..10 minit troli dah penuh..hihihi..kalau nieyl dengan en.husband dalam 30 minit baru penuh kot troli tu.. Kadang² dieorang dah tahu benda apa yang nak di beli, barang apa yang tak ada dekat rumah. 


Malam tu bawak adam jugak, tapi dia tidur sepanjang dalam alamanda tu mengantok sangat agaknya.


Chakkkk!boyfriend maklong dah mimpi sampai korea dah sejuk² dalam alamanda tu..hihihihihihi..


Lepas shopping dekat alamanda,MIL ajak pergi minum so,suggest Teh Tarik Place je la sebab view pun cantik,sebab adam suka tengok lampu, lepas tu makanan pun jenis cepat sampai tak perlu nak tunggu lama sangat.

Hai maklong,saya dah bangun..saya nak tengok lampu-lampu tepi tasik putrajaya tu jangan kacau..

Menjadi satu masalah buat diri, bila hari bekerja keluar di waktu malam balik lewat. Actually kalau korang rasanya tak ada lah rasa lewat kot jam 11.00 mlm cmtu kan, tapi akk nie dik...pukul10 dah masuk bilik untuk tidur..huhuhu.. so,disebabkan lewat sejam tidur..maka dengan muka tidak bersalah esok pagi nya diri ini pergi kerja lewat..sebab bangun lewat sejam dari biasa. Nampak?nampak? itulah masalahnya...masih lagi dalam peringkat usaha baiki masalah tu...

#spendtimewithfamily
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

mumuscarves sentiasa di hati

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

mumuscarves sentiasa di hati | Cuba untuk tidak berjangkit penyakit monday blues hari ini, sebab itu kena start share benda yang paling best dan yang kita suka. Ha..apa dia??Benda yang paling disukai bila dapat beli shawl jenama fav..actually kan, belum ada lagi jenama lain yang berjaya menggugat tempat di hati ini. 

Waktu mumuscarves baru buka butik, antara koleksi yang nieyl berjaya beli ada lebih kurang 20 helai, itupun bukan la beli skali..setiap bulan dan setiap kali ada buat sale.. yang paling nieyl suka koleksi Premium shawl dan basic shawl. Itu juga yang banyak dalam koleksi shawl nieyl setakat ini lah. Tapi skrg nie mumuscarves dah banyak koleksi dah, nieyl je yang tak berapa nak minat sebab jiwa nieyl lebih kepada premium shawl dan basic shawl sahaja.. :)


2 minggu yang lepas rasanya, mumuscarves buat sale for baby 1988. Time tu tersangatlah kebetulan buka IG, so..teruslah DM Alhamdulillah,berjaya dapat diskaun code untuk beli Essential Shawl. Di sebabkan itu juga nieyl PM kawan² yang mana teringin nak beli mumuscarves, selalu katanya mahal so selalu tak dapat nak beli, jadi nieyl offer dengan dieorang kongsi beli untuk gunakan diskaun code nieyl tu..



Taddaa,Alhamdulillah..sampai dah,nieyl beli 1 je yang lagi 2 tu share dengan kakak² office yang nak try mumuscarves punya shawl. Kenapa nieyl suka sangat dengan brand mumuscarves nie sebab nieyl suka jenis kain shawl ni dan ianya mudah untuk di bentuk. Kalau nak extra cantik lagi korang boleh beli sekali inner dia sekali, sebab inner dia sangat best dan sangat selesa tak panas pun. Jadi keseluruhannya nieyl masih setia dengan brand shawl mumuscarves nie atas faktor keselesaan dan tidak cepat rosak itu lebih penting, sebab kita selalu pakai pin dan kadang² kalau shawl lain dia akan berlubang²,so..mumuscarves tak ada ya..nieyl dah pakai lebih dari 2 thn..still cantik dan nampak baru :)

Kalau korang nak tengok koleksi-koleksi shawl di mumuscarves nie ada detail nieyl dekat bawah nie..

MUMU SCARVES
NO. 38, JALAN PJU 5/20D 
THE STRAND KOTA DAMANSARA, 
47810 PETALING JAYA SELANGOR 
(Beside Vendville) Contact us : 03 - 61518827

VENDVILLE JOHOR BAHRU
NO. 18 & 19 , 19 - 02 , 
JALAN KOLAM AIR 2 , NONG CHIK , 
80200 JOHOR BAHRU , 
 JOHOR DARUL TAKZIM ,
 TEL : 07 - 2071322 
LANDMARK : OPPOSITE ALOHA TOWERS

VENDVILLE KUANTAN 
 A-1 , LORONG TUN ISMAIL 10,
 JALAN TUN ISMAIL, 
25000 KUANTAN , PAHANG 
TEL : 09 - 5124833 
LANDMARK : CIMB JALAN TUN ISMAIL


MALVITA PENANG 
NO 2-01 , 
MEDAN PERNIAGAAN PAUH JAYA , 
JALAN BARU , PERAI FRONTAGE BUSINESS PARK,
 PAUH JAYA , PENANG 
CONTACT US 010-511 0744

Atau
Website : mumuscarves.com
Instagram : mumuscarves

  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

Segmen Bloglist November Blog Seindahcerita


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

TAMAT : 29 oktober 2016

Cara Untuk Join

1. Buat entry bertajuk "Segmen Bloglist November Blog Seindahcerita"
2. Follow Blog/ FB Page / Follow IG @nieylanadia / Follow
3. Make sure blog korang active ya
4. Linkkan entry korang di kotak komen di bawah
5. 10 Blog yang bertuah akan dipilih melalui random.org
Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

3D GOLD STEMCELL SERUM MY BEAUTY HERBS PILIHAN YANG TETAP

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

3D GOLD STEMCELL SERUM MY BEAUTY HERBS | Bila sebut pasal serum nie, seumur hidup tak pernah sekali pun cuba serum-serum nie sehinggalah diperkenalkan dengan 3D Gold Stemcell Serum My Beauty Herbs. Terus suka sebab dia cepat serap ke kulit dan tidak melekit langsung.


Nieyl dah try lebih dari dua minggu dah boleh Nampak keberkesanannya. Eyer..Betul..Hebat kan..ha..kepada wanita-wanita yang baru-baru nak mencari serum yang sesuai untuk kulit muka tu apa kata try 3D Gold Stemcell Serum My Beauty Herbs ni. 


Tengoklah perbezaan sebelum dan selepas nieyl menggunakan 3D Gold Stemcell Serum My Beauty Herbs memang ketara kan perbezaannya sebab itulah nieyl dah jatuh cinta dengan serum nie dan yang lebih penting botolnya sangat ringan dan mudah kita bawa pergi mana-mana. 


3D GOLD STEMCELL SERUM bagus dan berkesan untuk : 
  1. Hilangkan parut hitam 
  2. Hilangkan dan cegah jeragat 
  3. Mencegah luka jerawat 
  4. Menutupi liang pori 
  5. Memperbaiki struktur kulit dan tona sekata 
  6. Lembapkan kulit
  7.  Menganjalkan kulit 
  8. Mengawal minyak pada wajah 
  9. Mencerahkan kulit
  10. Menegangkan kerutan dimata
  11. Pudarkan gelap bawah mata 
  12. Melindungi kulit dari sinaran UV 
  13. Mengalakkan penghasilan kolagen 
  14. Mengurangkan hingga 50% garis halus dan kedutan muka dengan pemakaian konsisten 
Cara Penggunaan My Beauty Herbs, 3D GOLD STEMCELL SERUM :
  1. Sila tekan 1 ATAU 2 kali dan ratakan serum ke wajah, bawah mata, leher dan mata sebelum tidur dan waktu pagi selepas mencuci muka. Pakai 2 kali sehari untuk kesan maksimum bagi jangka masa panjang. 
  2. Pastikan anda membersihkan wajah sebelum menggunakan SERUM 
  3. Krim rawatan dipakai pada waktu malam selepas mencuci muka. Jangan dicampurkan dengan produk lain. 
  4. Minum minima 8 GELAS air kosong sehari 

Harga : RM150 Semenanjung RM159 Sabah/Sarawak $65 Brunei $65 Singapore. Dapatkan harga promosi RM120 sekarang dengan treatment cream percuma bernilai rm69.90. Jadi ianya sangat berbaloi untuk dimiliki dengan keberkesanan yang wow!

Facebook : My Beauty Herbs 
Instagram : My Beauty Herbs 
Hotline : 011-28090446 / Office 03-90116779 

Secara keseluruhannya 3D Gold Stemcell Serum My Beauty Herbs ini sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah kulit, ianya tidak perlu sapu terlalu banyak di muka cukup sekadar 2 picitan dan diratakan di seluruh muka. Jom nak kulit muka flawless seperti nieyl,meh cuba produk ini…yang penting konsisten okay..  


Giveaway 3D Gold StemCell Serum My Beauty Herbs : Review Produk dianjurkan oleh blogger Mia Liana dan ditaja sepenuhnya oleh My Beauty Herbs. Untuk mengetahui preview dan hadiah giveaway, sila klik SINI.


Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

Cerewet Berselfie

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Cerewet Berselfie | Mungkin ingin kesempurnaan yang sebenarnya tahu ianya tidak mungkin sesempurna mana pun bila berselfie. hahaha.. menjadi satu habit bila berselfie berulang kali sehingga puas hati. Selagi tidak cantik di mana, selagi itu la di snap-snap sampai 10 snap.. So, sesiapa nak berselfie dengan nieyl kena banyak bersabar la ya...eh..ada ke orang nak selfie dengan nieyl..:P

Happy Deepavali kepada mereka yang meraikannya :) dan ada yang balik ke kampung halaman hari ini semoga perjalanan ke kampung selamat tiba..:)

  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

Cara Hilangkan Kotoran Dakwat Pen Pada Baju

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 


Cara Hilangkan Kotoran Dakwat Pen Pada Baju | Teringat ada seorang pegawai dekat tempat nieyl kerja nie, dia ada tanya tahu tak macam mana nak hilangkan kotoran dakwat pen pada baju? sebab ada satu baju dia area poket dakwat pen bocor ke something like that laa.. itu masalah yang kerap kali terjadi pada golongan lelaki. Tapi untuk golongan wanita ni pula selalu terkena dakwat pen dekat tudung..orang lain nieyl tak pasti lah..Tapi nieyl pernah la sekali dua tu terkena tanpa sengaja. Tudung mahal pula tu,sampai sekarang kesan tu ada lagi..

So, pagi ini nieyl terjumpa cara-cara nak hilangkan kotoran dakwat pen kalau terkena pada baju atau tudung. Ha..menarik nie yela mana lah tahu ianya boleh membantu nieyl dan bantu korang yang ada masalah yang sama nie kan. 


Meh nieyl share kan beberapa cara yang di kongsikan :-

  1. Ambil penyembur rambut dan spray pada bahagian yang terkena dakwat tu.
  2. Kemudian ambil span yang basah dan gosokkan sehingga warna dakwat tu jadi pudar.
  3. Spray lagi untuk kali ke dua dan gosok sehingga dakwat tu hilang.
  4. Biarkan seketika dalam beberapa minit pada suhu bilik
wah!serius ke nie boleh hilangkan guna penyembur rambut je..hebat nie..kena try nie.. Dan selain penyembur rambut, boleh juga kalau kita guna alkohol sebab bahan-bahan ini terbukti dapat menghancurkan kandungan minyak dalam dakwat kekal.



selamat mencuba.. :)
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

Harga Minyak Masak Mengikut Harga Pasaran

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 


Harga Minyak Masak Mengikut Harga Pasaran | Sebelum ini kan ada viral yang menyatakan kenaikan minyak masak kan..So,hari ini KPDNKK telah mengumumkan perkara tersebut.



Kebelakangan ini nieyl memang dah jarang beli minyak dalam botol kalau beli pun kebiasaanya kalau nieyl pergi ke pasaraya besar. Itupun jarang juga lah sebab biasanya nieyl akan beli yang paket je. Sebab sebulan nieyl pakai pun hanya 2 paket je,so memang jarang lah beli yang botol tu. So,bagi nieyl tak ada masalah dalam kehidupan nieyl. 

Tapi betul tau, seminggu nie nak beli minyak paket memang susah, asyik habis je..sebab mak nieyl pesan, start hari isnin lepas sehari nieyl akan beli 2 paket minyak bukan apa,kadang² kedai runcit ni tak nak bagi kita beli minyak..kata nya habis la,tak ada stok lah..macam-macam la sekarang nie kan...
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

Sayang..do you love me?

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Suami : Sayang..do you love me?

Isteri : Ofcouse i love u..why??

Suami : can u cook meggi for me?i'm hungry

Isteri : 11.30 malam?Hmm..mana ada meggi dekat rumah

Suami : It's ok..B pergi beli dekat 7E sekarang juga,janji u masakkan..



  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

Khasiat Tempe Yang Menarik

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 


Khasiat Tempe Yang Menarik | Salah satu makanan yang sinonim dengan orang jawa adalah tempe,betul tak?ha..sebab ayah nieyl orang jawa..That why nieyl suka sangat makan tempe nie. Kalau kita pergi pasar ke pergi kedai ke biasa kita akan jumpa yang dibungkus dalam surat khabar tak pun sekarang nie banyak yang dibungkus dalam plastik

Nieyl biasanya suka makan yang digoreng atau pun di buat sambal kering campur dengan ikan bilis..peh!sedapnya...Tempe juga mak nieyl suka buat sambal goreng jawa..Sedap! Rugi besar tau kalau tak tahu khasiat yang terkandung dalam tempe nie.. Ada yang kata,makan tempe nie boleh membantu mencantikkan wajah..Ha..yang suka makan tempe tu, sila tengok muka korang...mesti cun kan..


Kalau korang nak tahu apa lagi khasiat tempe yang kita tidak tahu :-
  1. Tempe sebenarnya mengandungi khasiat kalsium yang setanding dengan susu.
  2. Tempe juga mampu menjadikan kulit wajah lebih cerah tanpa meninggalkan kesan bahaya (awet muda)
  3. Ia juga mampu mengurangkan kolesterol,meningkatkan kepadatan tulang,mengurangkan gejala menopaus dan kualiti potein yang sama seperti daging.
  4. Tempe mengandungi zat besi, flafois yang bersifat antioksidan sehingga menurunkan tekanan darah, jadi ianya elok untuk mereka yang ada darah tinggi.
  5. Protein yang terdapat dalam tempe sangat tinggi, mudah dicerna sehingga baik untuk mengatasi cirit birit dan boleh mengelakkan keracunan makanan.

Begitu banyak khasiatnya, ruginya kalau korang tak makan tempe nie...murah je makanan nie..petang nie pun ada plan nak masak tempe la balik nanti..nak lagi cantik dan awet muda di samping menjaga kesihatan :)

  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

Di kala hati berkata

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Di kala hati berkata | Syukur Alhamdulillah hidup nieyl dikelilingi dengan orang² yang memahami keinginan hati kecil ini. Walaupun ada sesetengahnya mempertikaikan tentang rezeki yang belum menjadi milik diri ini. Alangkah bagus dan gembiranya jika setiap manusia di muka bumi ini di beri rezeki yang sama, walaupun sedar bahawa rezeki setiap manusia itu berbeza dan masanya juga tidak sama. 

Mudah bagi orang untuk bertanyakan soalan,tapi bukan mudah untuk orang yang nak beri jawapan itu untuk menjawab. Begitu mudah untuk memberikan nasihat, petua sedangkan bukan mudah untuk menerimanya. Semua orang boleh rasa bangga, dan mengajar cara-cara untuk hamil tapi pernah atau tidak korang rasa betapa sentap dan terasanya hati ini untuk mendengar dan menerima sedangkan korang telah berjaya hamil, berjaya menjadi seorang ibu.

Pernah atau tidak korang rasa, bagaimana rasa diri ini untuk meneruskan kehidupan dalam pada masa yang sama memikirkan kata-kata orang di sekeliling, kata-kata keluarga terdekat, kata-kata jiran, perasaan suami, perasaan keluarga mertua.. Ooo..nooo..korang tidak akan faham jika korang tidak rasa apa yang kami² ini rasa. 

Kami hanya perlu mengisi setiap kesunyian dan kekosongan itu dengan menumpang seberapa banyak kasih sayang dari kanak-kanak lain. Senyuman yang sangat ikhas bila melihat telatah anak-anak :)


Terima kasih Ya Allah...sentiasa menghadirkan mereka² yang baik dan memberi semangat untuk teruskan kehidupan dengan penuh redha dan sabar..Dan awak-awak yang membaca dan komen juga :) Thank you!
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

Selamat Tinggal Pejabat Lama,Selamat Datang Pejabat Baru

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Selamat Tinggal Pejabat Lama,Selamat Datang Pejabat Baru | Yeay!Jumaat lepas merupakan hari pertama di pejabat baru..eh..baru ke?ala..boleh dikatakan baru la walaupun sebelum ni orang lain dah duduk tempat ni. Ini merupakan kali ke-3,mungkin yang terakhir kalinya berpindah. Udah² lah tu kesian dekat admin² bekerja keras. 


Hari khamis lepas kira hari terakhir di tempat lama, bak kata pengarah..jangan lupa snap gambar buat kenangan..hihihi..so,inilah dia workstation nieyl selama 2 tahun dekat sana.Walaupun hanya bersederhana Alhamdulillah,banyak jugak bagi kelebihan dekat nieyl. Boleh kenal dengan semua orang yang lalu lalang depan nieyl tu..hihihi..semuanya tinggal kenangan...


Tadaaa!Inilah dia workstation nieyl di pejabat baru. Time ni hari jumaat lepas,barang-barang semua baru sampai dieorang belum datang lagi time tu untuk pemasangan Pc semula. Nieyl pun tak kemas apa pun lagi yang dalam kotak² tu.


Dan hari ini semua dah siap pasang dah, kotak- kotak semua dah keluarkan isi nya, dah di simpan di tempat yang terlindung..kekeke.. untuk decoration bilik nie belum bermula lagi, sebab tak pergi shopping lagi..so,bilik ni nampak kosong. Yang nieyl sempat beli perfume bilik nieyl dengan bilik bos je..bagi wangi sikit..so,sesiapa lalu...ada bau wangi tu..ha..meh la singgah..kekekeke..
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

Tips jika anak dalam bahaya

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 


Tips jika anak dalam bahaya | Tiada anak bukan bermakna kita tak boleh nak belajar, membaca atau berkongsi perkara-perkara yang berkaitan dengan anak. Setiap wanita itu ada sifat keibuan dan sikap caring dia yang semula jadi..That why, nieyl always dan belum pernah lagi putus membaca tentang anak-anak walaupun Allah belum beri itu pada nieyl but it's ok.. nieyl boleh sharing dekat blog, bersama kakak²,adik² dan ibu bapa yang sudi membaca .. thanks!



Sebenarnya tak cukup kalau kita pesan dekat anak² kita hanya sekadar melarang dieorang bercakap dengan orang yang tidak dikenali. Ini termasuklah jika mereka diekori dengan kereta atau berada di dalam bahaya. Kita boleh ajar beberapa perkara kepada mereka seperti contoh :-
  1. Pesan pada anak kita untuk memukul, meronta, menjerit dan membuat kecoh jika seseorang tidak dikenali cuba untuk mendekati mereka.
  2. Minta anak kita mencari seorang wanita dengan kanak-kanak (atau sebuah keluarga) jika mereka sesat dan berasa tidak selamat
  3. Pesan pada anak kita beritahu kita,jika seseorang menyentuh mereka dan menyuruh mereka merahsiakannya daripada orang lain.
  4. Jangan biarkan orang yang tidak dikenali tahu nama anak kita dengan meninggalkan tanda nama pada seluruh badan anak kita. Ini kerana anak kita akan rasa selesa dan selamat bila orang lain mengetahui nama mereka.
Kes penculikkan dekat Malaysia nie belum lagi hilang, jadi sediakan payung sebelum hujan. Berhati-hati dan jangan lupa awasi anak-anak kita.


  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

Malaysia Long Weekends 2017

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 


Malaysia Long Weekends 2017 | Amboi bukan main laju je klik kan..faham..faham...sama la kita pun..siapalah yang tak suka cuti panjang lepas tu dapat free pula tu kan...jimat cuti tahun..simpan untuk pergi holiday ke..buat family day ke..

  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

Bahaya Guna Minyak Berulang kali

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Bahaya Guna Minyak Berulang kali | Minyak masak adalah salah satu keperluan juga la kalau dalam masyarakat kita nie. betul..nieyl belum pernah jumpa lagi rumah yang tak gunakan minyak masak untuk memasak. Kalau minyak tak ada sebab habis itu banyak. So far,memang boleh dikatakan 50% makanan yang kita masak menggunakan minyak..betul tak?


Menggunakan minyak masak yang sama berulang kali sebenarnya dah menjadi satu tabiat sesetengah masyarat dekat malaysia nie terutamanya yang ada perniagaan kedai makan atau kedai warung. Alasan dia ianya menjimatkan kos. So far, kedai mak nieyl walaupun kedai makan mak memang tak amalkan penggunakan minyak berulang kali..sebab ianya akan memudaratkan kesihatan.. Ingat tu!

Untuk pengetahuan korang, penggunaan minyak masak yang sama berulang kali akan memudaratkan kesihatan kita, termasuklah seisi keluarga atau orang lain. Minyak masak yang dipanaskan pada suhu yang tinggi akan mengalami tindak balas kimia yang mungkin akan menjejaskan kualiti minyak tersebut. Sebab itulah kalau korang tengok minyak tu akan berubah warna dan rasa minyak tu pun akan berubah..betul tak?

Minyak masak yang dah berulang kali digunakan akan kehilangan nutrien malah minyak tersebut akan memberikan kesan toksik kepada kesihatan kita. Malah boleh menyebabkan peningkatan tekanan darah dan kerosakan tisu pada jantung. Jika amalan menggunakan minyak masak berulang kali juga boleh menyebabkan penyakit lain seperti barah, kerosakan hati serta esteoporosis.

Jadi,berhati-hati dalam usaha menjimatkan kos perbelanjaan keperluan rumah. Kesihatan diri, keluarga dan orang lain juga kita kena jaga. ingat yea...jangan amalkan penggunaan minyak masak berulang kali sehingga hitam legam.. :) 
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

Thank You Zalora!

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Thank You Zalora! |  Alhamdulillah, rezeki yang tidak pernah dijangka, beberapa minggu yang lepas Zalora emel bagi jobs untuk terbitkan satu atrikel berkaitan dengan zalora  . Dan seperti biasalah bila dah buat jobs akan dapat gaji atau ganjaran. Walaupun hanya RM100 voucher tapi kalau kita betul-betul kita manfaatkan, memang kita akan dapat beli sesuatu yang tersangat berbaloi..

Kalau tak silap nieyl, ini kali ke-3 atau ke-4 bekerjasama ngan Zalora. Thanks Zalora sebab memilih blog nieyl untuk artikel tu...Love it...nanti kalau murah rezeki lagi..meh la bagi lagi.. :)


Nieyl pilih 2 kasut untuk diri nieyl sendiri..Maaf en.husband..Isteri awak tersangat pentingkan diri sendiri ketika shopping online..hihihi.. Okay nieyl pilih 2 kasut tu yang pertama sebab nieyl memang nak beli kasut bertutup depan sebab pindah di pejabat baru nie, kena ikut rules HQ..hihihi..jangan derhaka okay..Yang kedua nieyl beli sport shoe sebab selesa berjalan lama-lama pun tak sakit kaki berbanding pakai sandal atau high heels..eh..ada ke orang pakai heels?issshhh....
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

Jejak Kasih

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Jejak Kasih  | Kadang-kadang bukan mudah untuk kita nak berjumpa dengan mereka yang close dengan kita bila masing-masing dah berpindah ke jabatan atau kementerian lain. Persahabatan masih mampu di kekalkan melalui laman sosial dan whatsapp. Set time dan jumpa la..


Macam last week kebetulan pergi tukar kad pengenalan baru, jadi berjumpa lah dengan kakak yang pernah 1 opis dengan nieyl yang kerja dekat JPN. :)dapat lah sembang 10minit macam tu...itu pun dah kira memadai sebab masing² ada kerja kan..Orang kata lepaslah rindu tu... :)


Nieyl dengan k.tini yang masih lagi close dengan nieyl,kalau korang nak tahu..dia nie kira ratu drama dan novel..sebut je la...drama apa novel apa..Ini kali ke 2 nieyl jumpa kak tini selepas dia berpindah opis baru sebab naik pangkat. 

Nieyl suka ngan kakak² nie sebab walaupun diorang gred lebih tinggi, dieorang masih berkawan dengan kami² yg bawah nie langsung tidak pandang perbezaan pangkat atau gred. Nieyl bersyukur sangat sebab selalu di kelilingi dengan orang² yg macam nie...sebab tu lah hubungan tu boleh kekal sampai bila²... :)
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

Tukar Kad Pengenalan Baru

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 


Tukar Kad Pengenalan Baru | Apa alasan nak tukar kad pengenalan baru?Actually alasan nieyl sebab nak upgrade la..sekarang nie kan dekat kad pengenalan ada 2 gambar, satu yang besar dan satu lagi yang kecil. mengada kan.. masa pergi dekat kaunter tu, pegawai tu siap tanya lagi, kad pengenalan yang baru tu tak di wajibkan tukar pun. Pastu pegawai tu kata nak guna lagi atau nak tukar?ofcouse la nak tukar kalau tidak tak kan la akk mai situ kan... :)hihihi... Kos pertukaran RM10.00 dan nieyl punya siap dalam 2 jam macam tu. Sekejap je :)

Ada beberapa info yang mungkin berguna untuk mereka yang nak tahu pasal kad pengenalan nie..

  1. Sekiranya cip kad pengenalan rosak dan tempoh kad dipegang oleh pemohon melebihi 1 tahun, bayaran RM10.00 akan di kenakan untuk kad pengenalan baru.
  2. Jika Kad Pengenalan hilang, dan nak mohon yang baru akan dikenalkan mengikut bilangan kehilangan kad tersebut. 
  3. Menukar alamat rumah  tanpa menukar kad pengenalan,boleh tiada masalah RM2.00 dikenakan. Tetapi sekiranya korang nak tukar kad pengenalan sekali,bayarannya ialah RM10.00 
Diatas jadual bilangan kehilangan dan kadar bayaran yang dikenakan.


Sebenarnya kan korang, bukan kad pengenalan je yang nieyk renew baru..ada lagi yang nieyl renew baru this week punya projek...ha..nanti nieyl share entry lain lah yea...
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seindah Cerita Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign