Menu Berbuka Puasa Day 7
by
Nieyla Nadia
on
March 19, 2024
Menu Berbuka Puasa Day 7 | Sejak Ramadhan ni kan nieyl rasa entry nieyl 90% pasal makanan je kan hahaha, Tapi tak apalah nieyl abadikan sebagai memori kenangan dalam blog. Menu berbuka puasa untuk hari ke 7 disiarkan awal ya pagi ni,jangan ada yang tenung monitor pula pagi ni ya. Menu berbuka puasa semalam mak nieyl yang masak. Sambal aya, telur goreng dan sayur kangkung. Roti goreng sardin tu nieyl yang buat, hari ini buat banyak sedekah juadah berbuka dekat adik beradik. Kita membalas semula apa yang dieorang dah berikan hari tu untuk pulangkan pinggan, mangkuk.. Ha..macam itula kita adik beradik bila duduk rumah dekat-dekat ni, masak lebih boleh kongsi kan..besar pahala..