Seindah Cerita: February 2017

Menu Bekal Hari Ini

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 


Menu Bekal Hari Ini | Hari ini bawa mana yang sempat je,tak seimbang sebab terlupa nak masak sayur pagi tadi lagipun dah terlewat nak pergi kerja..hihihi.. Teringat dulu masa mula-mula nak start bawa bekal pergi kerja malas sangat sebab kena bangun awal sikit, tapi bila dah lama kelamaan buat bekal pergi kerja dia jadi satu keseronokan. Apa yang kita dapat kalau bawa bekal pergi kerja?
  • JIMAT - Jimat dari segi duit, bayangkan kalau di kedai makan di cafe contohnya, nasi, ikan/ayam dan sayur RM5-7 (lunch) + pula dengan breakfast (rm5-6) total sehari dah lebih dari RM10 sehari. Tapi kalau kita pergi kedai basah beli barang basah dengan RM10, boleh dapat ikan 2-3 ekor dan sayur 2 ikan. Yang kita boleh makan untuk 2 hari. fikir-fikirkan.

  • DIJAMIN SIHAT DAN BERSIH - kalau kita masak sendiri, dah pasti dan tentunya kita akan masak dengan bahan-bahan yang sihat dan sebelum masak kita cuci bersih kan. Secara tidak langsungnya kesihatan kita pun terjamin..

  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

Kadang Kala

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Kadang kala bila kita terpaksa membuat keputusan yang mempunyai dua pilihan, ianya adalah sangat susah kerana setiap jawapan pilihan kita itu melibatkan orang di sekeliling dan perasaan orang lain. Jadi, memang bukan mudah untuk buat keputusan yang betul atau tepat. Ada kalanya kita rasa kita buat keputusan yang betul, tapi orang lain  melihat kita membuat keputusan yang salah.

Ada kalanya hanya kita sahaja yang tahu keputusan yang kita buat itu salah atau betul. Hanya kita sahaja yang akan menanggung segala kemungkinan yang berlaku. Jadi, jangan takut untuk membuat keputusan, setiap keputusan yang kita buat itu adalah mencerminkan kematangan dan kecekalan kita dalam menghadapi ujian dan rintangan.


* rasa bersyukur sangat sebab semalam nieyl dah buat keputusan yang terbaik, terima kasih Ya Allah.
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

Sempat beli Famous Amos

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Sempat beli Famous Amos | Tak plan pun nak beli sebenarnya sebab biasalah bila tiba hari jumaat walaupun waktu rehat panjang, memang jarang nak keluar pergi mana-mana. Tak kira lah hari gaji ke hari tak gaji ke memang malas nak keluar. 

Nasib baiklah ada orang yang sentiasa ingat dekat kita nie, siap whatsapp tanya nak kirm Famous Amos tak?walaupun dieorang tak beli untuk diri dieorang pun..semata-mata beli untuk nieyl..wahh...dieorang ni memang sentiasa sweet tauuu...




  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

Gorgeous People!

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 


  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

Bonus Deal Famous Amos

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Bonus Deal Famous Amos
kepada peminat cookies famous amos..
inilah peluang andaaaa!cepat!
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

Petua Wangikan Ketuhar

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 


Petua Wangikan Ketuhar | Terjumpa petua untuk hilangkan bau-bauan yang kurang enak dalam ketuhar di rumah ataupun di pejabat (pantry) . Kadang-kadang kita ni pandai guna sahaja, bersihkan tak reti. Ha..itu selalu ayat mak nieyl di rumah tu.

Tapi sebenarnya betul pun, kalau kita kerap guna untuk panaskan lauk-lauk kita tu, kejap sambal lepas itu yang berkuah dan lain-lain lagi, kita ini sekadar lap bersihkan je tapi sebenarnya kalau kita lap sahaja bau-bauan itu belum tentu tanggal tau..kadang-kadang bau dia..aduhai...pengsan!

Tadi nieyl terjumpa petua dari CARI mungkin boleh kita share bersama yang mana ada ketuhar di rumah tu ha rajin-rajin lah kita ya..




  1. Sediakan semangkuk air. Hiriskan limau atau lemon dan masukkan ke dalam air dan kemudian panaskan selama 2-3 minit mangkuk berisi lemon dalam ketuhar.

Selamat mencubaaaa...

  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

Bekalan Hari ini

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 



Bekalan Hari ini | Dah lama rasanya x up entry tentang bekalan lunch pergi opis.So,hari ini bekalan minum pagi nieyl dalam pukul 10 nanti karipap dan untuk bekalan lunch, ada nasi putih,ayam masak lemak dan sayur pak choy..

Alhamdulillah, bila setiap hari bawa bekal pergi kerja, percaya atau tidak nieyl boleh jimat lebih dari rm200 sebulan daripada makan di cafe atau di luar. Biasanya bila hari gaji je itupun kadang-kadang makan di luar bersama kawan-kawan.

Nak jimat tu boleh,yg penting tanya diri kita tu..nak jimat atau tidak..kalau xnak jimat jangan merungut duit tidak cukup sampai hujung bulan.. 😉

Siapa bawa bekal pergi kerja?kita geng..👋
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

Sebelum Makan Cuci Tangan

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Sebelum Makan Cuci Tangan | Mesti kita dah biasa dengar ayat tu kan..dari kecil lagi, mak kita selalu pesan sebelum makan cuci tangan supaya tangan bersih makanan yang masuk dalam perut pun bersih. Yela,tidak kira kanak-kanak atau orang dewasa pun kena cuci tangan sebelum makan ataupun cuci tangan sentiasa untuk menghilangkan kotoran yang melekat dekat tangan.Kadang-kadang kita tak nampak pun kuman atau kotoran yang sekecil zarah tu tapi sekecil zarah itulah boleh membawa kepada keracunan makanan. Pastikan tangan kita semua bersih sebelum makan okay 😉
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

Lunch Date at Go LoKal Cafe

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Lunch Date at Go LoKal Cafe | Again!Again!maaf ya korang belum move on lagi dengan tempat baru ni. Actually, bukan tak move on kebetulan ada orang nak belanja makan dekat situ hari jumaat yang lepas so, peluang kedua lah untuk makan cendol durian yang sedap tu. Sebab sebab durian tu bukan perisa atau pati durian ya...ianya durian yg real dan sedap.




Inilah dia kakak² lunch date nieyl last week. Alhamdulillah, sedap dan kekenyangan semuanya rezeki hari jumaat..Thanks kak fieza ♥..
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

Putus Cinta Tidak Bermakna Putus Silaturrahim

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Putus Cinta Tidak Bermakna Putus Silaturrahim | Jika korang mempunyai bekas kekasih, dan hubungan dengan keluarganya sangat baik tapi bekas kekasih tidak membenarkan korang berbaik-baik dengan keluarganya. Apa harus korang lakukan??

Meh nak habaq dekat mereka-mereka yang bergelar bekas kekasih yang ada sikap seperti tu, percintaan yang tidak kesampaian seharusnya tidak perlu sampai memutuskan hubungan silaturrahim yang terjalin tu antara bekas kekasih dengan keluarga bekas kekasih. Please move on. 

Tidak bermakna kalau korang rapat dengan keluarga bekas kekasih tu tanda korang tak boleh move on..itu semua mengarutlah..sebilangan besar wanita sekarang ni cepat move on..berbaik-baik dengan keluarga bekas kekasih adalah atas dasar silaturrahim yang pernah terjamin dulu. 

Nasib baik bekas kekasih ku itu tidak seperti itu..hahaha..yang penting kita kena bijak dalam pergaulan dan tidak perlu menunjuk-nunjuk keakraban kita pada orang lain. Sendiri fikir lah ya..lain orang,lain cara penerimaannya... ♥

Nieyl nak sharing nie,

" Menghadiri walimatul urus hukumnya adalah wajib kecuali ada sesuatu keuzuran. Hukum ini adalah berdasarkan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Apabila kamu dijemput untuk menghadiri majlis kenduri kahwin, hendaklah kamu menghadirinya” –hadis riwayat Bukhari dan Muslim. "


Nieyl pernah berada di situasi di atas, Alhamdulillah..nieyl pergi dan balik dengan tenangnya..hihihi..
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

welcome my new niece

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


welcome my new niece | 11 Februari 2017 telah lahir seorang puteri yang dinanti selama 4 tahun. Alhamdulillah...Tahniah adik ipar nieyl..kehadiran baby girl melengkapi sepasang cucu MIL nieyl. Dirancangkan nak bersalin di Selangor, due bulan 3..tapi sebaik-baik perancangan, Perancangan Allah itu adalah yang terbaik. Baby lahir di Kedah Sungai Petani. 16 Februari 2017 baru balik ke Selangor berpantang di rumah MIL nieyl.

Eh..terlupa pula nak bagitahu nama baby girl  tu..nama dia Eryka Ellsa..kteorang panggil Ellsa..Princess Ellsa...♥ Lepas nie kena doakan maklong pula tau..moga maklong juga dapat baby tahun depan..Ameen..Ameen... sayang ellsa..sayang adam..


  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

Resepi Asam Pedas Nieyl

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 


Resepi Asam Pedas Nieyl | Pagi-pagi jangan terliur tengok gambar asam pedas ikan nieyl ya.. Kalau ada yang berpuasa tu, maaflah ya... Sekarang ni ikan di pasang tersangatlah mahal, kalau biasa beli sekilo, 2 kilo sekarang nie kalau beli bila nak makan je, selalu akan beli 4 ekor sahaja. Tak kira ikan kembung ke ikan sardin ke apa sahaja jenis ikan lah.. Hari tu beri 3 ekor pun dah rm6 lebih. 

Bahan-bahan

Bendir
Daun kesum
4 ekor Ikan kembung
3 biji Bawang besar (kisar)
2 biji Bawang Kecil (kisar)
4 - 5 sudu besar Cili Kering kisar
Asam jawa
1 sudu kecil Halba
Air (ikut kepekatan yang kita nak )

Cara-caranya
  1. Panaskan minyak, tumis bahan-bahan yang di kisar dan halba sehingga naik bau
  2. Masukkan cili kering kisar, masak sehingga pecah minyak
  3. Kemudian, masukkan air secukupnya (klu nieyl suka pekat sikit,letak air dalam 2 cawan je)
  4. Masukkan bendir dan daun kesum, bila bendir dah lembut 
  5. Masukkan ikan , letaklah garam secukup rasa dan asam jawa..
  6. Kalau rasa dah sedap,terus tutup api..
  7. Jangan masak terlalu lama, sebab tak nak ikan hancur.. 
  8. selamat mencubaaaaa!

video

  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

Resepi Teh Tarik Ala Kedai Mamak

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Resepi Teh Tarik Ala Kedai Mamak | Selalu atau kebiasaannya kalau menyinggah ke kedai mamak ini minuman yang selalu menjadi pilihan adalah Teh Tarik betul tak? Rasa teh tarik mamak dengan teh tarik yang biasa kita buat dekat rumah tu, mesti tak sama kan, kadang-kadang tu ada je kita rasa kurangnya. So, meh nieyl nak share resepi teh tarik ala mamak..nanti korang try la..

Resepi Teh Tarik Ala Mamak

Bahan-bahan
6-7 uncang teh
Air
Susu Cair
Susu Pekat
Cara-caranya: 
  1. Masukkan air panas dan uncang teh
  2. Biarkan teh menjadi gelap
  3. Masukkan susu cair,susu pekat 
  4. Kuantiti susu tu ikut citarasa masing-masing
  5. Letak secubit garam (hihihihi,rahsia) 


Selamat Mencubaaaaa ♥
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

Filem J Revolusi

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 


Filem J Revolusi | Ini antara salah satu filem malaysia yang nieyl tunggu-tunggu rasa tak sabar nak tengok the full movie pada 2 Mac 2017 nanti. Semalam telah berlangsung tayangan perdana filem J Revolusi di Mutiara Damansara.

Rata-rata rakan media memberikan ulasan yang sangat positif dan memberi galakkan kepada penonton untuk pergi menonton filem ini bila ia keluar di pawagam tidak lama lagi.

Antara pelakon yang hebat yang membintangi filem ini ialah Zul Ariffin, Izara Aishah, Nur Fazura dan Farid Kamil dan Azad Jazmin. 

J Revolusi memaparkan kisah pegawai Unit Tindak Khas (UTK), Jay Zulkarnain lakonan Zul Ariffin, berusaha menyelamatkan kakaknya, Dian (Fazura) yang diculik pengganas. Dalam misi menyelamat itu, Jay terperangkap dan dituduh membunuh rakan setugasnya seterusnya tercetuslah pelbagai konflik dan insiden yang menghantui Jay.

wah!!rasa tak sabarnya nak tengok filem nie...dah la tayang waktu birthday i..pastu dapat pula tiket free..seronoknya..hihihi..




  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

Fenomena Trash Dove

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Semalam ada orang tanya nieyl, tahu tak kenapa semalam dekat facebook penuh dengan gambar burung ungu tu?sampai ada yang tanya macam mana nak update gambar burung ungu tu? pelbagai persoalan yang nieyl terima. 

Jadinya, nieyl pun seacrh di internat..stiker burung ungu yang diberi nama "Trash Dove" itu diilustrasi oleh illustrator dari US,Syd Weiler untuk stiker Facebook dan turut dijadikan set stiker kepada iPhone penghujung Januari 2017 yang lepas.

Pencipta stiker Trash Dove berkata " ianya bermula di Thailand, sebenarnya mereka mempunyai satu lawak mengenai burung di sana dan ia mempunyai kaitan (dengan Trash Dove) .




  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

Jumpa Blogger Mamajue

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 



Jumpa Blogger Mamajue | Kita bukan blogger yang famous, kita hanyalah blogger suam-suam kuku je.So, nieyl memang suka ambil job yang atas talian sebab kekangan masa dan tempat sesuatu job itu berada di luar kawasan. Nieyl kenal-kenal blogger semua melalui blog masing², selalu komen-komen di blog dieorang, jadi untuk face to face pun bergantung kepada rezeki dan mungkin secara tidak sengaja..wah!gitu..

Siapa kenal dengan blogger mamajue?Nieyl lebih mesra panggil kak jue lah, actually nak bertemu tu atas dasar pembeli dengan penjual je,sebab kak jue berminat nak beli Lecithin Promo hari tu. So, at the same time nieyl kebetulan memang ada rumah abg nieyl ada buat makan-makan sikit so, kak jue minta location dan kita jumpa di depan apartment rumah abg nieyl.



Walaupun itu adalah first time jumpa, nieyl rasa macam dah lama pula kenal,maybe sebab selalu baca blog,so..very sporting person dan boleh jadi kawan bersembang. Nasib baik jumpa sekejao je,kalau tak memang duduk minum kopi dulu...anyway, thanks kak jue datang jumpa nieyl,so..InsyaÁllah nanti kita jumpa lagi okay..Semoga terus success dalam dunia blogger dan dalam apa juga yang dilakukan..👯




  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

It's Thankful Thursday

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 




  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

Restoran Thai TomYam Kung Putrajaya

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Restoran Thai TomYam Kung Putrajaya | Di Putrajaya sekarang ini dah banyak restoran dan kedai makan yang boleh di kunjungi bersama keluarga tercinta yang penting semuanya kena ada wang atau duit..hihihi.. Walaupun tidak menetap di Putrajaya tapi bekerja di Putrajaya dan jarak rumah dengan Putrajaya hanya mengambil masa dalam 20 -30 minit sahaja, tidak semua tempat nieyl dah teroka. 

Last week anak buah dua orang yang kerja part time tu, nak belanja makan jadi dieorang ajak pergi makan di sebuah restoran di Presint 15 atau lebih dikenali sebagai Presint Diplomatik. Actually, area situ memang sangat jarang nieyl pergi sebabnya susah nak parking, parking adalah sangat terhad so kebiasaannya kalau nak pergi butik avon baru nieyl akan pergi area situ. 

First time pergi Restoran Thai Tom Yam Kung di Presint 15, restoran ini ada pilihan customer boleh pilih nak duduk diluar untuk hidup udara luar ataupun duduk di dalam bilik yang ada penghawa dingin. Masa sampai di restoran tu ramai customer yang pilih untuk di luar, dan di dalam tiada orang, kami lah yang pertama..hihihi...


Restoran Thai Tomyam Kung ni memang mengikut citarasa Tom Yam Thai, nieyl pun memang suka tomyam that why kalau pergi ke Secret Recipe (SR) mesti akan order TomYam Kung.Tak pernah jemu lagi setakat hari ini dan nasi beras thai yang sedap..(sikit pun dah kenyang)

Mesti korang tak sabar nak tengok nieyl order apa kan?kan?sabar...nak sharing la nie sambil tu sila meleleh air liur ya...hihihi..



Kami ambil Set Pakej, dalam pakej tu ada Paprik Daging, Kangkung Crispy, Tomyam Kung, Ikan Siakap masak 3 rasa, Ayam Gajus, Ulam-ulaman dan nieyl add-on Sotong black paper goreng tepung dan kerabu mangga. 

Service
Kalau tanya, service dia lambat atau cepat..Mungkin bergantung kepada bilangan customer dalam satu masa kot, sebab time nieyl pergi Alhamdulillah,service memang cepat kiteorang sampai terkejut, sebab cepat sangat sampainya..hihihi..

Tahap Pernilaian Makanan
Dari segi rasa tu memang boleh tahan,yang paling nieyl suka adalah kerabu mangga dan ayam gajus dia memang sedap. Cuma paprik daging tu agak liat sedikit,mungkin kena rebus lama sikit..hihihi..so far, puas hati dan kenyang.

Harga
Harga berbaloi dengan bilangan makanan yang kita order, nieyl nasihatkan better ambil set pakej yang di berikan lebih mudah daripada kita nak pilih satu persatu menu.

Dekat sini nieyl share Set Pakej pilihan yang korang boleh pilih jika pergi makan bersama keluarga lebih dari 4 orang. Setiap set untuk 4 orang tapi jangan risau untuk 6 -7 orang masih boleh guna pakej tu.


Hari tu nieyl pilih Set Pakej A + add-on tu dalam RM180 untuk 6 orang makan. Jadi,korang boleh pilih 5 pake yang restoran sedia kan. So, nieyl dah try ,kalau korang pun nak try boleh la pergi..Tapi ini adalah citarasa masing-masing tau..

Restoran Thai Tom Yam Kung(Ttk 1)
No. 8 Jalan Diplomatik 2, Presin 15
620500 Putrajaya

03-8861 3203

Restoran Thai Tom Yam Kung (Ttk 2)
No. A1, G-5, Shophouse 8C1, Presint 8,
62050 Putrajaya 

03-8861 5876
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

Positive Work Skills

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 



Happy Working Everyone!
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

Mizuishi Architects Atelier

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 


Mizuishi Architects Atelier, ditubuhkan pada tahun 2009 oleh arkitek Kota Mizuishi, rumah yang di bina di tepi sungai di Suginami, Tokyo, mungkin kelihatan kecil, sempit dan tidak diterima akal bahawa rumah ini mampu didiami tapi sebenarnya menempatkan dapur, kawasan permainan, bilik tidur , bilik mandi dan lorong..


wow!memang diluar jangkaan..sekali tengok dalam rumah dia terus rasa jatuh cantik..nampak dari luar memang sempit tapi dekat dalam macam hotel.


Rumah yang kecil atau sempit jika bijak menggunakan ruang yang ada, pandai susun atur perabut. Mesti cantik seperti ini.


Lonteng dijadikan ruang untuk anak-anak bermain dan belajar. Ianya sangat sesuai dengan keluasan lonteng yang ada.



Kalau dekat Malaysia, rekaan rumah dan ruang yang terhad mungkin lebih semua rakyat malaysia mampu memiliki rumah sendiri kan..wah!ini betul² memberi nieyl inspirasi la...suka sangat!
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seindah Cerita Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign