21 November, 2017

Mencari Botol Plastik Murah : Molhit Pack Sdn Bhd

Mencari Botol Plastik Murah : Molhit Pack Sdn Bhd | Zaman sekarang ini kalau boleh semua barangan yang kita nak beli, mesti kita pilih harga yang lebih murah tapi berkualiti betul tak? sama juga kalau kita beli ikan di pasar, kita mesti akan pilih yang segar tapi harga lebih murah sikit. Pilihan semuanya di tangan kita.  

InsyaÁllah hujung tahun ini adik bongsu nieyl akan tamatkan zaman bujangnya. Jadi, kebelakangan ini nieyl memang terlalu sibuk dengan urusan kerja dan urusan majlis perkahwinan adik jadi update blog pun nieyl mungkin banyak share tentang persiapan perkahwinan adik dan bukan itu je nieyl akan share tempat-tempat beli barangan perkahwinan yang murah, DIY goodies, tempah kad kahwin dan macam-macam lagi ok. Jadi, nanti korang boleh la buat rujukan..

Pertama sekali barang yang nieyl beli hari tu, adalah botol plastik. Dan trend sekarang ini goodies kita bagi botol yang comel untuk tetamu yang akan hadir ke majlis. Kalau zaman nieyl kahwin dulu femes botol kaca,so bila dah masuk tahun 2017 ini tak main dah kaca-kaca semuanya kita guna plastik lebih murah dan selamat.. 

Dah banyak kedai nieyl survey harga botol, dan ini adalah kedai yang terbaik untuk dapatkan botol yang berkualiti dan murah. Sehari sebelum nieyl pergi ke kedai ni, nieyl whatsapp dulu tanya tentang harga,try untuk runding harga dan yang paling penting tanya stok ada berapa. Ini penting untuk mengelakkan kita pergi ke kedai sama berulang kali. Menurut kata pekerja kedai ini kalau nak reserve botol boleh tapi di kenakan sedikit deposit untuk mengelakkan penipuan. 


Ini pemandangan dari luar kedai, sebelum ini kedai ini terletak di Kajang, kini dah berpindah ke Cheras. Pandangan dari luar kedai,kita boleh nampak dah susunan botol-botol di atas rak.


Kedai Molhit Pack Sdn Bhd ni bukan sahaja membekalkan botol-botol plastik, ada juga produk lain seperti botol kaca, kertas pack yang ada zip kedap udara dan macam-macam lagi. Kalau korang pergi kedai ni mesti mata korang rambang tak tahu nak pilih yang mana.


Setiap produk yang dipamerkan telah di labelkan dengan harga, harga so far pada nieyl masih lagi mampu milik sebab masih belum dikenakan gst..InsyaÁllah katanya coming soon akan ada gst okay.  


Selepas 30 minit dalam kedai, nieyl keluar kedai dengan muka yang happy sebab nieyl dapat beli botol 150ml dengan harga RM0.35.pc sebanyak 2000 botol. Nanti nieyl akan share facebook page kedai ini,korang boleh LIKE,dan selalu lah follow page ini sebab dieorang rajin juga buat sale tau..so,korang boleh berjimat lagi dan lagi.

Alamat Kedai

Molhit Pack Sdn. Bhd.
 Lot 257A, Batu 10, 
Jalan Cheras, 43200 Selangor 
Helpdesk 019-6694511

Facebook Page

1 comment:

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)