25 August, 2017

Lazada Merdeka Blogger Contest


Lazada Merdeka Blogger Contest | Yeay..sempena bulan kemerdekaan ini Lazada menganjurkan satu peraduan untuk blogger Merdeka!Merdeka!Sale. Lazada merupakan salah satu website shopping online yang menjadi pilihan utama di Malaysia. Kalau kita buka website lazada pelbagai barangan di jual, pelbagai jenama di jual dengan harga yang murah dan sentiasa memberi potongan harga yang best untuk pelanggannya.

Sempena meraikan hari kemerdekaan Malaysia yang ke-60 Lazada kini menawarkan diskaun sehingga 80% untuk kesemua barangan yang ada promosi.Wah!teruja kan..apa lagi jangan lupa terjah website Lazada ya..

Contest untuk blogger ini sedang berlangsung bermula 21 Ogos sehingga 31 Ogos 2017. Hadiah yang di tawarkan pun manarik..jom join ramai-ramai..


Prizes
1st Prize: 1 x RM600
2nd Prize: 2 x RM300
3rd Prize: 3 x RM200

A. Apa yang anda suka menjadi rakyat Malaysia/What do you love about being Malaysian?

Dilahirkan sebagai rakyat Malaysia adalah sangat bersyukur ini kerana Malaysia merupakan negara yang bebas dari jajahan dan negara yang aman. Selain itu Malaysia mempunyai pelbagai bangsa, perayaan dan kepercayaan agama namun masih lagi bersatu dalam membentuk negara menjadi negara yang aman dan merdeka. 


B. Pilih Jenama Tempatan Kegemaran Anda/Choose your favorite local brand ?

Jenama tempatan yang masih setia di guna ialah PensonicPensonic Group ditubuhkan pada tahun 1965 sebagai Keat Radio dan Electrical Co di Balik Pulau, Pulau Pinang. Dari asalnya yang sebagai peruncit kecil dan bengkel untuk peralatan rumah elektrik, Keat Radio dan Electrical Co berkembang di bawah pimpinan pengasasnya, Dato 'Seri Chew Weng Khak.

Pada tahun 1974, cawangan pertama ditubuhkan dan dua tahun kemudian, ia menceburkan diri ke dalam import, eksport dan pengedaran peralatan rumah elektrik. Keat Radio Co. Sdn. Bhd. Telah diperbadankan menjadi sebuah syarikat berhad swasta pada tahun 1977. Akhirnya pada tahun 1982, Pensonic Sales and Service Sdn. Bhd. Telah wujud dengan beberapa cawangan di seluruh Malaysia.

Pada tahun 1982, Kumpulan Pensonic mula mengimport dan memasang kumpulan audio dan visual pertama di bawah jenama Pensonic. Pensonic didaftarkan sebagai tanda dagangan di Malaysia pada tahun 1984 dan kini telah didaftarkan di lebih daripada 20 buah negara, dengan itu meletakkan asas untuk pengembangan global. Pada tahun 1988, Kumpulan Pensonic memulakan pembuatan dan pemasaran Peralatan Elektrik di bawah jenama Pensonic. Setakat ini, jenama yang dimiliki dan ditanam di Malaysia ini memasuki sejarah sebagai peralatan rumah elektrik pertama di negara ini "Made in Malaysia"





C. Pilih 2 produk daripada jenama yang disukai/Select two product from that brand that you love.



Pensonic Chef 's Like Air Fryer PDF-2201

Sangat sesuai untuk kaum wanita yang bekerja yang kekangan masa untuk menyediakan makanan untuk keluarga dan anak-anak. Dengan memiliki aspek-aspek keselamatan, anak-anak juga boleh menyediakan makanan yang sihat sendiri tanpa perlu bimbang. Apa yang penting adalah penjimatan yang berlipat kali ganda dan mampu menjaga kesihatan seisi keluarga.





Pensonic PB5001 Food Processor


Pelbagai fungsi yang boleh di lakukan seperti pengisar, pengisar, pencincang dan pemproses makanan. Bilah keluli tahan karatnya memotong makanan dengan  tajam dan tepat pada tekstur yang kita inginkan. Dapat menyediakan  makanan yang besar dan enak untuk seluruh keluarga.

Wish me luck!

2 comments:

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)