24 November, 2017

Mencari Button Badge Yang Murah Dan Cantik

by on November 24, 2017

Mencari Button Badge Yang Murah Dan Cantik | Bila adik nak kahwin, nieyl sebagai kakak tersangat teruja untuk menjadi wedding planner sebab masa zaman nieyl kahwin walaupun banyak buat sendiri tapi banyak yang tak dapat buat atas faktor kekangan masa. So, bila time adik nak kahwin inilah nieyl cuba buat semua benda yang nieyl teringin nak buat tak dapat time nieyl,nieyl buat time wedding adik. Yang keduanya, ini adik nieyl yang bongsu sekali ,kira penghabisan lah kenduri rumah nieyl,lepas ini tak ada lagi kendiri kahwin.

Entry yang lepas nieyl ada share petang botol plastik yang murah untuk buat goodies kan, kalau yang tak sempat baca boleh klik SINI. Sekarang ini kebanyakkan majlis kenduri kahwin, kita boleh nampak setiap ahli keluarga atau saudara mara akan pakai button badge. Jadi untuk wedding adik nieyl tak lepaskan peluang untuk buatkan khas untuk semua ahli keluarga. Setiap button badge yang nieyl tempah tu, nieyl letak siap-siap pangkat dalam family,kakak,abang, kak ipar ,abg ipar dan lain-lain lagi tujuaannya adalah memudahkan tetamu-tetamu mengenali yang mana family,yang mana bukan. 

Pengalaman nieyl sendiri apabila pergi majlis perkahwinan, time nak bersalaman dengan mak pengantin selalu jadi kalut sebab tidak tahu yang mana mak pengantin, yang mana makcik pengantin, so bila masing-masing pakai button badge ini,kita boleh nampak dari jauh..Ooo..itu mak pengantin..itu ayah pengantin..




Dimana?

Button Badge kali ni nieyl tempah khas dari IG Shop seperti biasa semuanya ONLINE. IG Shop yang nieyl maksudkan itu adalah BUTTONBADGEEVENT , korang boleh pilih design yang sedia ada ataupun kalau korang ada design yang nak digunakan pun boleh. 

Harga
Tentang harga tidak perlu risau, harganya adalah MAMPU milik..kalau rajin, follow IG button badge event untuk dapatkan promosi-promosi yang best.

Tempah siap
Dalam seminggu dah terima barang,so tempoh siap bergantung kepada tempahan. Nieyl order sikit je hari tu dalam 70 pcs



23 November, 2017

Ceramah Motivasi : Syamsul Debat

by on November 23, 2017
Ceramah Motivasi : Syamsul Debat | Hari isnin yang lepas, ada ceramah motivasi tentang Integriti yang di sampaikan oleh Saudara Syamsyl Amri Hj Ismail  atau lebih dikenali sebagai Syamsul Debat. Kalau tak silap nieyl, ini kali ke-2 nieyl ikuti ceramah motivasi beliau secara live. Itupun pagi isnin tu kawan call,ajak pergi ke auditorium, kalau tak ajak tu melepas nak ambil ilmu. 




Integriti perlu ada di dalam diri seseorang itu tidak kira apa pun pekerjaan, keadaan dan kehidupan yang dilalui. Nilai integriti itu adalah sangat mahal yang perlu kita simpan sebagai amanah yang sukar untuk dicalari dan dicemari. 



Gambar yang 6 orang ni sebenarnya kitaorang duduk sebaris..semua gambar kitaorang dieorang snap agak nya, ada reaksi yang tengah gelak ketawa mendengar motivasi yang mencuit hati, walaupun motivasi tentang Integriti tapi cara penyampaiannya adalah sangat santai dan dekat dengan jiwa penonton. Boleh dikatakan motivasi selama 2 jam, audi tidak sunyi dengan lawak jenaka yang bersahaja oleh penceramah jemputan. Tak sempat nak monday blues..kekekeke..

Kalau ada agensi atau indivitu yang hendak menjemput beliau untuk bagi talk atau ceramah boleh kunjungi Facebook Page rasmi beliau di Syamsul Amri Ismail Official


22 November, 2017

GIVEAWAY PHOTO POLAROID AZHAFIZAH.COM

by on November 22, 2017
Sempena buka kedai Print Photo Polaroid, Fiza nak buat satu "Giveaway Photo Polaroid azhafizah.com" untuk semua blogger. Syarat-syarat mudah sangat. Tak perlu nak tekan follow atau like dan sebagainya. Hanya perlu buat satu entri copy paste dan letakkan link entri dalam kotak komen. Senang kan? jomlah beramai-ramai meriahkan Giveaway yang mudah lagi simple ni.


Hadiah
20pcs photo polaroid saiz 3R x 1 pemenenang.
20pcs photo polaroid saiz 2R x 1 pemenenang.

Tarikh Tamat
30 November 2017, 23:59

Note : Pemilihan pemenang secara random.


Berminat untuk print photo polaroid murah, boleh terus email : azhafizahmdnor@gmail.com atau whatsapp terus & http://azhafizah.wasap.my/

Petua : Rawat Lecur Dengan Telur

by on November 22, 2017
Rawat Lecur Dengan Telur | Adalah menjadi perkara biasa orang perempuan terkena percikan minyak panas,kuali panas ketika memasak di dapur. Cuti yang lepas ni pun jari nieyl terkena percikan kuah panas,oww rasanya tersangatlah pedih. Biasanya nieyl akan cepat-cepat ambil ubat gigi sapu dekat tempat yang terkena tu.

Hari ini nieyl terbaca petua yang luka melecur boleh dirawat dengan telur,serius ini adalah kali pertama nieyl dengar cara ini so,nieyl share la dekat sini manalah tahu boleh kita guna bersama lepas ni kan. Tahu tak korang, putih telur boleh melegakan dan menyembuhkan kulit yang melecur tu. 

Caranya mudah sahaja, asingkan telur putih dan sapu di bahagian melecur. Biarkan selama sejam sehingga dia mengeras dan kemudian boleh di bilas dengan air bersih. 

Selepas ini selain guna ubat gigi, boleh guna putih telur pula lagipun telur sentiasa ada di rumah dan murah pula tu. Simpan tau petua ni okay..selamat berguna...

Gangguan Bekalan Air di Sepang & Kuala Langat

by on November 22, 2017
KERJA-KERJA MUSTAHAK PENAMBAHBAIKAN BEKALAN AIR DI SEPANG & KUALA LANGAT

Sebagai sebahagian usaha berterusan menambahbaik perkhidmatan air kami dan memastikan bekalan air berterusan kepada pelanggan kami di Sepang dan Kuala Langat, kerja-kerja penggantian perkakasan sistem agihan air akan dimulakan di Kolam Air Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) pada Selasa, 28 November 2017.

Beberapa kawasan di Sepang dan Kuala Langat (sila rujuk Lampiran)  akan mengalami gangguan bekalan air sementara semasa kerja-kerja penggantian perkakasan ini dijalankan bermula jam 8:00 malam, 28 November 2017 hingga jam 5:00 petang, 29 November 2017.

Pelanggan  dinasihati untuk menyimpan bekalan air secukupnya sebelum kerja-kerja bermula pada tarikh tersebut. Segala usaha akan diambil untuk menyiapkan kerja-kerja ini secepat mungkin untuk memastikan pemulihan bekalan air lebih awal ke kawasan-kawasan terlibat.

Kesabaran dan kerjasama semua pelanggan kami sepanjang pelaksanaan kerja-kerja berjadual ini amat dihargai.

Sila ambil maklum dan jangan lupa sediakan bekalan air,nieyl pun kena sediakan air juga sebab kawasan rumah nieyl pun terlibat juga.






21 November, 2017

Mencari Botol Plastik Murah : Molhit Pack Sdn Bhd

by on November 21, 2017
Mencari Botol Plastik Murah : Molhit Pack Sdn Bhd | Zaman sekarang ini kalau boleh semua barangan yang kita nak beli, mesti kita pilih harga yang lebih murah tapi berkualiti betul tak? sama juga kalau kita beli ikan di pasar, kita mesti akan pilih yang segar tapi harga lebih murah sikit. Pilihan semuanya di tangan kita.  

InsyaÁllah hujung tahun ini adik bongsu nieyl akan tamatkan zaman bujangnya. Jadi, kebelakangan ini nieyl memang terlalu sibuk dengan urusan kerja dan urusan majlis perkahwinan adik jadi update blog pun nieyl mungkin banyak share tentang persiapan perkahwinan adik dan bukan itu je nieyl akan share tempat-tempat beli barangan perkahwinan yang murah, DIY goodies, tempah kad kahwin dan macam-macam lagi ok. Jadi, nanti korang boleh la buat rujukan..

Pertama sekali barang yang nieyl beli hari tu, adalah botol plastik. Dan trend sekarang ini goodies kita bagi botol yang comel untuk tetamu yang akan hadir ke majlis. Kalau zaman nieyl kahwin dulu femes botol kaca,so bila dah masuk tahun 2017 ini tak main dah kaca-kaca semuanya kita guna plastik lebih murah dan selamat.. 

Dah banyak kedai nieyl survey harga botol, dan ini adalah kedai yang terbaik untuk dapatkan botol yang berkualiti dan murah. Sehari sebelum nieyl pergi ke kedai ni, nieyl whatsapp dulu tanya tentang harga,try untuk runding harga dan yang paling penting tanya stok ada berapa. Ini penting untuk mengelakkan kita pergi ke kedai sama berulang kali. Menurut kata pekerja kedai ini kalau nak reserve botol boleh tapi di kenakan sedikit deposit untuk mengelakkan penipuan. 


Ini pemandangan dari luar kedai, sebelum ini kedai ini terletak di Kajang, kini dah berpindah ke Cheras. Pandangan dari luar kedai,kita boleh nampak dah susunan botol-botol di atas rak.


Kedai Molhit Pack Sdn Bhd ni bukan sahaja membekalkan botol-botol plastik, ada juga produk lain seperti botol kaca, kertas pack yang ada zip kedap udara dan macam-macam lagi. Kalau korang pergi kedai ni mesti mata korang rambang tak tahu nak pilih yang mana.


Setiap produk yang dipamerkan telah di labelkan dengan harga, harga so far pada nieyl masih lagi mampu milik sebab masih belum dikenakan gst..InsyaÁllah katanya coming soon akan ada gst okay.  


Selepas 30 minit dalam kedai, nieyl keluar kedai dengan muka yang happy sebab nieyl dapat beli botol 150ml dengan harga RM0.35.pc sebanyak 2000 botol. Nanti nieyl akan share facebook page kedai ini,korang boleh LIKE,dan selalu lah follow page ini sebab dieorang rajin juga buat sale tau..so,korang boleh berjimat lagi dan lagi.

Alamat Kedai

Molhit Pack Sdn. Bhd.
 Lot 257A, Batu 10, 
Jalan Cheras, 43200 Selangor 
Helpdesk 019-6694511

Facebook Page

17 November, 2017

Perodua Myvi Baharu Laris, dah tengok ke?

by on November 17, 2017
Myvi Baharu Laris, dah tengok ke? | Tempahan kepada umum telah di buka sejak 9 November 2017 yang lalu. Modul Myvi terbaru telah mendapat 5 ribu tempahan.Wow!larisnya. Model terbaru keluaran perodua ini iaitu Myvi 1.5 dan Myvi 1.3 dengan menampilkan enji kenderaan cekap tenaga (EEV) dan ianya di tawarkan dengan harga sekitar RM44,300 hingga RM55,300. 

foto astro awani

Antara ciri-ciri utama yang ada pada Myvi terbaru ini adalah Amaran Pra Pelanggaran, dan isyarat pelepasan hadapan bagi memberi isyarat kenderaan depan sudah bergerak ketika kesesakkan lalu lintas, jadi tidak lagi leka dalam pemanduan.

Selain dari itu, ada juga beberapa ciri- ciri lain yang menarik perhatian pelanggan untuk mendapatkan Myvi terbaru ini :-
  • 6 Beg Udara
  • Papan Pemuka Rekaan Ergonomik
  • Akses pintar dengan butang Mula dan henti enjin
  • Ruang bagasi yang lebih luas



Fridge Magnet dari Vietnam

by on November 17, 2017
Fridge Magnet dari Vietnam | Salam jumaat semua, wah..nieyl happy la sekarang ni orang-orang sekeliling nieyl yang suka pergi oversea dah tahu dah nak beli ole-ole apa untuk nieyl. Bulan lepas nieyl dapat FM dari korea ngan Busan kan.. This month nieyl dapat dari Vietnam pula,yang bestnya FM yang nieyl dapat semuanya berlainan..yang ni comey kan?


16 November, 2017

EXPO NEGARAKU 2017

by on November 16, 2017
EXPO NEGARAKU 2017 | Ekspo Negaraku 2017 merupakan projek yang bercita-cita oleh Kerajaan Malaysia, untuk mempamerkan projek infrastruktur dan pembangunan masa kini dan masa depan - dalam memberikan kualiti hidup yang lebih baik kepada semua rakyat Malaysia.




INFO 
Kubah 1
Tema: Rasa Bertuah Dirasai Bersama
Tayangan video kehidupan rakyat Malaysia yang dilimpahi tuah hasil daripada kemajuan infrastruktur negara.
Kubah 2
Kemudahan infrastruktur
Menyaksikan transformasi kepada kehidupan rakyat Malaysia termasuk lapangan terbang, sistem transit aliran massa hingga ke penjanaan kuasa.
 Kubah 3
Kehidupan dan kesejahteraan
Program dan inisiatif yang disediakan termasuk daripada aspek kesejahteraan rakyat, pertumbuhan ekonomi, pembangunan inklusif dan lain lain.
Kubah 4
Gaya hidup Malaysia
Panorama Kuala Lumpur dari Menara PNB118, landskap Pulau Langkawi dari puncak kereta kabel, serta infrastruktur moden sepanjang Lebuhraya Utara-Selatan. 
Kubah 5
Masa depan kita
Paparan visual 360 darjah mengenai gambaran masa depan negara menerusi pembangunan Bandar Malaysia, Malaysia Vision Valley dan MyHSR.
Jom beramai-ramai memeriahkan Expo Negaraku 2017,bawa anak-anak sempena cuti sekolah ini, pelbagai ativiti seisi keluarga di adakan di sana...

Mengapa masih perlu berbelanja untuk menyelenggara penghawa dingin?

by on November 16, 2017
KUALA LUMPUR:  Menyedari berlakunya peningkatan kos sara hidup ketika ini, kita seharusnya menilai semula perbelanjaan dengan cermat.

Antara perkara yang mungkin boleh dilakukan ialah dengan melakukan rutin pembersihan sendiri tanpa perlu mengeluarkan sejumlah wang bagi mengupah khidmat kontraktor walaupun untuk menyelenggara penghawa dingin.

Kebanyakan rumah di Malaysia pastinya dilengkapi dengan kemudahan penghawa dingin untuk keselesaan hidup sekeluarga namun, harganya bukan murah  dan sudah tentu pengguna mengharapkan ia mampu bertahan lama.

Bagi memastikan alat penghawa dingin sentiasa berfungsi dengan baik, pengguna harus melakukan rutin pembersihan dan penyelenggaraan dengan sebaiknya.

Kerja pembersihannya sebenarnya bukanlah terlalu rumit seperti apa yang disangka malah, ia lebih mudah dengan adanya produk WD-40 iaitu ejen pembersihan terbaik 3-DALAM-SATU® Pembersih Profesional Penghawa Dingin.



Ejen pembersih berasaskan air ini mampu menanggalkan kotoran, debu, kulat serta kotoran lain yang terkumpul dari dalam gegelung penyejukan penghawa dingin berkenaan. Ia tidak perlu dibilas. Ini adalah cara mudah untuk menggunakan 3-DALAM-SATU® Pembersih Profesional Penghawa Dingin :

  1. Utamakan keselamatan, tutup suis penghawa dingin anda. 
  2. Alihkan penapis dan cuci kotoran debu pada penapis.
  3. Semburan 3-DALAM-SATU® Pembersih Profesional Penghawa Dingin pada sirip penyejuk secara menegak dari bawah ke atas bagi memastikan setiap bahagian  dilitupi semburan.
  4. Biarkan sirip penyejuk selama dua minit untuk memastikan ejen penyejuk berfungsi dan kemudian masukkan kembali penapis.
  5. Buka suis penghawa dingin semula dan biarkan selama 15 minit untuk memastikan kotoran dapat dikeluarkan daripada hos saliran.

Itu sahaja! Tugas membersih anda selesai!

Sebaik selesai melakukan pembersihan, alat penghawa dingin anda lebih sejuk sekaligus mampu menjimatkan tenaga elektrik. Apa yang lebih baik ialah anda berupaya menikmati udara lebih bersih dan nyaman! Jadi, simpan wang anda kerana tidak perlu lagi berbelanja hingga beratus ringgit untuk mengupah orang lain membersihkan alat penghawa dingin di rumah dan lakukannya sendiri ! Jadilah pengguna yang bijak.


Untuk mendapat tips dan idea lebih lanjut berkaitan penjagaan rumah, sila lawati http://wd40asia bagi produk WD-40® serta rangkaian produk 3-DALAM-SATU®.

Tentang 3-IN-ONE®
Jenama 3-IN-ONE® mula terkenal sejak tahun 1894 lagi. Ia telah menyelesaikan pelbagai masalah dan membuatkan orang tersenyum. Inilah penyebab syarikat WD-40 terlibat dengan bisnes 3-IN-ONE Oil  pada 1995 dan dari masa ke masa melakukan inovasi bagi menghasilkan produk terbaik dengan sistem terbaik.
Pakar dalam solusi produk tahan lasak yang sentiasa menjadi pilihan pengusaha dan pusat diy, , jenama 3-IN-ONE® antara produk berkualiti syarikat WD-40. Layari laman sesawang Asia untuk maklumat lanjut https://goo.gl/NiDfNd; or http://wd40.asia/products/3-in-one/3-in-one-professional-air-conditioner-cleaner

Tentang syarikat WD-40


Syarikat WD-40 adalah pembuat produk pelbagai guna yang sangat dipercayai, malah peralatan ini mesti ada dalam toolbox setiap rumah seluruh dunia. Jenama Amerika ini ditubuhkan pada 1953 sebagai anti karat, pelindung anti-corrosian untuk lapisan luar Atlas Missile  (peluru berpandu) dan ia diubah kepada produk penyelesaian yang pantas bagi membersih dan melindungi, melonggarkan bahagian yang berkarat, mengusir kelembapan dan lain-lain.
Produk syarikat WD-40 sentiasa menjadi pilihan mereka yang profesional dalam bidang penyelengaraan dan amatur DIY dalam kerja-kerja mereka .seperti perkakasan, industri, automotif , sukan, basikal dan jualan runcit. Hari ini WD-40®  boleh diperolehi di seluruh dunia dalam pelbagai saiz dan pelbagai rangkaian produk baru seperti WD-40® Specialist, WD-40® BIKE dan WD-40® Specialist Automotive.

Rangkaian produk WD-40® boleh diperolehi di kedai-kedai perkakasan seluruh negara. Untuk maklumat lanjut tentang WD-40® , layari: www.wd40.asia

15 November, 2017

Double Spicy Chicken McDeluxe MCD

by on November 15, 2017
Double Spicy Chicken McDeluxe MCD | Teruja nak rasa kehebatan dan kepedasan yang diperkatakan tu sampai menangis ya. Last week nieyl pergi mencuba sendiri tapi nieyl tak ada lah ambil video, makan-makan saja nak rasa betul ke pedas.


Tengok dia punya kotak tu,penuh dengan gambar cili api kan..belum makan lagi rasa macam takut-takut nak makan sebab takut betul-betul pedas berasap. 


Ayam dia ada double tau,so memang puas makan. lepas tu nieyl makan tak bubuh sedikit pun sos cili sebab ayam tu dah ada rasa black paper,so..dia pedas-pedas panas macam tu. Tapi kalau nak makan letak sos lagi pun okay je ikut tahan kepedasan korang la..


Pada nieyl, dia tak berapa pedas sangat la..pedas yang biasa-biasa je..so,yang mana ratu raja cili rasanya korang makan burger ni tak rasa pedas langsung kot. Yang mana tak tahan pedas, mungkin boleh mengalir air mata. Dan lagi best bila makan panas-panas memang super best!



14 November, 2017

Lazada Online Revolution Blogger Contest

by on November 14, 2017
Lazada Online Revolution Blogger Contest | Apa??Lazada buat blogger contest lagi??Bestnya..walaupun dah berkali -kali join blogger contest Lazada ini masih belum ada rezeki lagi nak menang tapi tak apa,jangan putus asa okay siapa lah tahu kali ini menang ke kan.. Amin..Untuk kali ini Lazada telah melancarkan contest sempena Online Revolution yang telah pun berlangsung bermula 1 November 2017 sehingga 14 Disember 2017.  

Sebelum nieyl join contest Lazada kali ini. Meh baca nieyl nak share kempen terbaru dari Lazada yang di namakan ONLINE REVOLUTION SALE yang telah bermula dari 11 November sehingga 14 Disember 2017. Jadi,kepada yang memang kaki shopping online rugi kalau lepaskan peluang sale Lazada ini.


Setiap kali Lazada buat contest, semestinya ada beberapa soalan yang kena jawab untuk menyertai contest.Tak kisahlah berapa banyak soalan pun Lazada suruh jawab i try my best untuk menjawab sebab contest Lazada menawarkan hadiah-hadiah yang best..so,yang mana tak join lagi tu cepat join okay..


Bismillah..

Lazada : Do you remember the first product that you ever purchased online? What was it and how was your experience?

Semestinya nieyl ingat sebab nieyl beli untuk cucu nieyl yang pertama. Cuma masa nak beli tu banyak kali berfikir sebabnya membeli secara atas talian time tu baru pada nieyl. So, kawan-kawan yang dah biasa bershopping online memang suggest nieyl untuk shopping di website Lazada. So, bila dah teroka website Lazada ini,waduh rambang mata nak pilih kadang-kadang sampai kena berhari-hari memilih yang betul-betul pasti. 


Nieyl suka beli barangan di website Lazada sebab sebelum kita membuat sebarang pesanan atau pembayaran, bila kita pilih barang yang kita nak beli disebelah kanan akan keluar detail barangan dari Malaysia atau oversea, kos penghantaran dan yang paling penting adalah berapa lama barang yang kita order akan sampai ke tangan kita. Jadi kita boleh manage time kita untuk berada dirumah untuk terima barangan itu. Contohnya nieyl beli Carseat ,Alhamdulillah sampai dengan keadaan yang selamat, tiada sebarang kerosakan. Terima kasih LAZADA!

Lazada : Which types of products would you prefer buying online?

Setiap kali buka website Lazada, nieyl pasti akan ke bahagian beauty sebab nieyl suka beli barangan make up dan juga barangan skin care di Lazada sebab ada beberapa produk yang nieyl dah compare kan harga, di website Lazada lebih murah sedikit berbanding beli di shopping compleks atau di luar. 


Dengan sekarang ni nieyl berjinak-jinak nak bermake up, jadi banyaklah duit nieyl mengalir ke Lazada lagi-lagi sekarang ni tengah buat SALE..i lovi it .


Lazada : What to you love about online shopping?

Soalan ni memang popular di kalangan rakyat Malaysia, ramai yang tanya nieyl kenapa suka sangat shopping online ni, bukan boleh pegang pun barang tu, bukan boleh tahu barang tu ok ke tidak, tak takut kena tipu ke? itu la yang biasanya kita dengar orang tanya kan..

1. Jimat Duit Minyak Kereta/ Motosikal - Biasanya 2 kenderaan ini je yang nieyl selalu guna untuk bergerak pergi ke kedai atau shopping kompleks, so kalau duduk di depan notebook just klik..klik..esok lusa barang sampai. Lagipun, dengan keadaan minyak sekarang naik dan naik ,apa kata selagi kita boleh jimat..kita jimatkan la..

2. Masa tidak banyak terbuang - Kadang-kadang kita nak pergi beli sesuatu barang tu perlu mengambil masa lebih 30min atau ke 1 jam untuk sampai ke shopping kompleks berdekatan atau pun kedai seberang jalan rumah tu je, daripada kita habiskan masa dalam perjalanan lebih baik kita klik..klik 5 min settel!

3. Boleh bandingkan harga - Kalau di shopping kompleks larat ke nak pergi survey harga barang 2 3 4 kedai?mesti tak kan?so,kalau dengan online shopping ni kita boleh bandingkan harga pasaran dengan harga jual, kadang-kadang harga online shopping lebih rendah.Lagipun website online shopping banyak beri diskaun dan buat tawaran SALE.

4. COD - Ada sesetengah orang suka gunakan website online shopping yang ada menyediakan pembayaran secara tunai. Ha..yang ini pun best,Lazada pun ada sediakan perkhidmatan COD kepada pelanggan dia. Jadi, tidak perlu risau untuk kerugian atau ketidak percayaan dalam memberi barangan online cumanya sebelum buat payment sila check website terlebih dahulu untuk lebih yakin dalam membeli.

5. Jimat duit postage - Kalau siapa yang kaki shopping ni, biasanya website online shopping akan menawarkan postage percuma. Contohnya belian RM80,belian RM60 tidak perlu bayar kos penghantaran. Jadi, korang boleh la share dengan kawan-kawan,adik beradik untuk beli barangan online shopping untuk dapatkan postage percuma..yeay!


Lazada : Which products did you buy or are you planning to buy on Lazada during the Online Revolution sales?



Dah lama sebenarnya nieyl survey harga handphone, sebab nieyl nak cari handphone yang murah harganya, simple dan boleh bermedia sosial..handphone yang ada sekarang ni banyak sangat masalahnya. Ini pun harap bersabar je..

Oklah,nieyl dah join blogger contest anjuran LAZADA ni,korang yang mana belum join tu meh la join,kita ramai kan..mana tahu rezeki korang ke kan. Kepada yang nak join,nak tahu syarat-syaratnya klik sini https://www.lazada.com.my/blogger-contest/. Good Luck..

Less than 200 Participants (RM3,150 to 25 winners):

 1st Prize: 1 x RM300 
 2nd Prize: 9 x RM150 
 3rd Prize: 15 x RM100 

More than 200 Participants (RM6,150 to 50 winners):

 1st Prize: 1 x RM500 
 2nd Prize: 15 x RM150 
 3rd Prize: 34 x RM100 

More than 350 Participants (RM10,400 to 80 winners):

 1st Prize: 1 x RM750 
 2nd Prize: 35 x RM150 
 3rd Prize: 44 x RM100 

More than 500 Participants (RM14,500 to 111 winners):

 1st Prize: 1 x RM1,000 
 2nd Prize: 50 x RM150 
 3rd Prize: 60 x RM100 


10 November, 2017

Resepi Daging Goreng Kicap Simple Tapi Sedap

by on November 10, 2017

Resepi Daging Goreng Kicap Simple Tapi Sedap | Di rumah seminggu sekali nieyl pasti akan masak daging. Kalau last week nieyl share daging masak paprik so,this week nieyl share pula daging goreng masak kicap yang sesimple yang boleh.. Sebab yang penting sedap,cepat dan jimat masa kita dekat dapur bagi mereka yang bekerja macam nieyl. 


Bahan -Bahan
  • Barang merah besar dihiris
  • Cili Api di potong
  • Halia di hiris (nieyl suka banyak halia)
  • Bawang putih di tumbuk / blend
  • Kicap manis 
  • Serbuk black paper 
  • Daging (yg telah di rebus,dipotong)



Nieyl suka daging di potong kecik macam ini sebab senang nak buat masak nasi goreng,mee goreng ke kan..lagipun kalau poong kecik tak perlu nak kunyak lama sangat..hihihi...

Cara-cara
  • Panaskan minyak dalam kuali
  • Tumis bawang merah,halia,bawang putih sampai naik bau
  • Masukkan daging,kacau biar lama sikit 
  • Kemudian masukkan kicap,gaul,kacau kemudian masukkan serbuk black paper
  • Dan last sekali boleh la letak cili api,kacau-kacau..( nieyl suka potong bawang besar,masukkan)


Tadaa..dah siap,senangkan..tak sampai 10minit pun masak ini..selamat mencubaaa...

Full Tank Aku Isi

by on November 10, 2017

Full Tank Aku Isi | Sebelum-sebelum ni memang macam dah lali dengan kenaikan minyak mingguan tapi tidaklah sampai naik 7 sen seliter. Sememangnya diluar tekaan. Setiap minggu hari Ahad husband dipertanggungjawabkan untuk mengisi minyak kereta isteri..hihihi..sangat jarang-jarang isteri pergi stesen minyak. 

Ahad tu dah isi 3 bar biasanya 3 bar tu nieyl boleh guna dalam 4 hari lebih kurang. So,bila dapat tahu harga minyak naik minggu ni sebanyak 7 sen. Nieyl terus cakap dengan husband , kita pergi bank bayar duit kereta lepas tu kita singgah isi minyak lagi. 

Mungkin pada pandangan orang, ala..nanti minyak habis kena isi juga,betul tak?korang mesti nak cakap macam tu juga kan.. Ok tak apa..masing-masing ada pendapat yang tersendiri, ok ini pendapat nieyl yang sememangnya orang yang kedekut minyak kereta..hahahaha..


Ini orang kedekut minyak buat kira-kira. Sehari sebelum minyak offical naik, nieyl akan isi minyak kebiasaannya tak adalah full tank pun,agak² untuk seminggu punya. Tapi bila dapat tahu minyak naik 7 sen. Nieyl tak diri panjang nieyl terus isi minyak full tank. Kena full tank sebab nieyl mungkin boleh guna kereta itu pergi balik kerja lebih dari 2 week dengan minyak yang full tank tu tadi..

Andai kata full tank sebelum minyak naik, 40liter bersamaan dengan RM 64.40. Selepas minyak naik full tank 40 liter akan jadi RM92.40..jadi, nieyl jimat RM28.. Kalau minyak turun pun minggu depan, nieyl masih lagi jimat,sebab minyak full tank masih ada lagi..hihihi.. nieyl bertuah sebab jarak rumah ke pejabat lebih kurang 30 min..


Malam tadi memang boleh dikatakan stesen minyak penuh dengan kenderaan terutamanya beroda 4 la..Semalam nieyl isi minyak pun tank ngan-ngam full.. Dan satu lagi penjimatan minyak yang nieyl buat adalah,kurangkan penggunaan aircond kereta, biasanya nieyl akan on 15min awal je..lepas tu nieyl turunkan tingkap..ambil udara segar di awal pagi semasa pergi kerja. 



Pagi ni pergi kerja dengan muka yang senyum sebab suka tengok minyak full macam nie..hahaha.. tapi sebenarnya kata husband lagi banyak minyak dalam tangki,lagi cepat habis sebab bila isi full tank kereta akan jadi berat, bila kereta berat pembakaran minyak lagi cepat. So,husban kata kalau perjalanan yg jauh,jangan isi minyak yang penuh..nanti dalam perjalanan boleh singgah stesen minyak lagi..dekat malaysia ni banyak stesen minyak..jangan takut..kekeke..

09 November, 2017

Tabung Bencana NSTP Media Prima

by on November 09, 2017
Tabung Bencana NSTP Media Prima | Mari kita bersama-sama menghulurkan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir .Jika kita mampu untuk hulurkan sumbangan dari segi tenaga,mungkin boleh sumbang dari segi kewangan yang boleh disumbangkan kepada mereka yang menimpa bencana di Pulau Pinang. InsyaÁllah..Tangan yang memberi itu lebih baik dari yang menerima. Semoga yang telah menyumbang,akan ada rezeki Allah berikan.


Cara Hilangkan Berdengkur

by on November 09, 2017
Cara Hilangkan Berdengkur | Masalah berdengkur sentiasa menggangu tidur pasangan kita tidak kira suami ataupun isteri kan. Kebiasaanya kaum isteri lah yang rajin search cara untuk menghilangkan tabiat dengkuran si suami. Tapi realiti kaum wanita ada jua tabiat tidur berdengkur tau.

Dengkuran semasa tidur boleh membuatkan kita sukar untuk mendapatkan tidur yang nyenyak dan sebenarnya ianya tidak baik untuk kesihatan. Ini disebabkan oksigen yang sepatutnya naik ke otak terhenti beberapa saat ketika kita berdengkur. Take noted ya..

IKHTIAR DAN USAHA

Untuk menghilangkan tabiat berdengkur,apa kata kita cuba ambil jus yang dikatakan mampu merawat masalah berdengkur ini. Ha..bila dikatakan usaha dan ikhtiar tu bukanlah kata sekali minum boleh hilang, kesembuhan semuanya dengan Izin-NYA.Yang penting usaha dan yakin..InsyaÁllah..

Bahan-Bahan

1/4 hirisan lemon
1 ruas halia merah
2 biji epal
2 biji lobak merah
150ml air putih

Cara-caranya
  • Blender semua bahan utama sehingga menjadi jus
  • Minum jus sebelum tidur
  • Lakukan rutin ini 3x seminggu.
Selain itu, kita juga boleh cuba lakukan perkara-perkara lain yang mungkin boleh membantu mengurangkan dan merawat masalah berdengkur seperti mengurangkan berat badan ini kerana salah satu faktor yang menyumbang kepada tabiat berdengkur adalah obesiti. 

#sumber kredit kepada majalah remaja




08 November, 2017

Rasa Gementar Macam Nak Jawab Exam

by on November 08, 2017
Rasa Gementar Macam Nak Jawab Exam | Siapa yang baca ni tidak pernah rasa gementar atau nervous?Gementar adalah perasaan yang normal yang di alami oleh setiap manusia. Gementar boleh terjadi apabila kita melakukan sesuatu perkara atau perbuatan untuk pertama kali. 
Siapa yang friends Facebook dengan nieyl, mesti korang perasan status nieyl pagi tadi, yang sememangnya time tu tengah nervous. Sebenarnya story dia macam nie, 3 hari kawan nieyl yang merupakan PA kepada Pengarah pergi kursus, so tempat tu akan digantikan dengan nieyl dan seorang lagi PA. Yang buat nieyl gementar tu bukan apa..kalau sebelum ni kita panggil Encik..Encik..baru minggu ni gelaran tu dah bertukar kepada datuk..so,korang faham la,bila benda dah biasa sebut..nak tukar tu kena take time kan..takut tersasul sangat..



Moga Allah permudahkan urusan nieyl 3 hari ni ya...kadang-kadang bukan apa perasaan takut kita tu yang buat kita gementar,nervous..orang kata nak fikir positif tu tak sempat..hahaha..


Guna Contact Lens, Ada Berani?

by on November 08, 2017

Guna Contact Lens, Ada Berani? | Ramai kawan-kawan nieyl yang pakai kanta lekap pergi kerja, nieyl ni je yang tak nak berubah nak pakai spek mata lagi. Bukan tak nak tapi hakikatnya tidak berani untuk memakai kanta lekap sebab nieyl bukan seorang yang rajin dan seorang yang pelupa benda-benda yang kecil. Kebiasaanya kalau bab kanta lekap ini, kita selalu terdedah dengan golongan dewasa yang kebanyakkannya suka pakai kanta lekap kan. 

TAHUKAH ANDA?
Bahawa kanak-kanak dan remaja juga boleh menggunakannya dengan selamat.Dengan menggunakan kaedah dan cara yang betul yang diberikan kepada optometrist, kanak-kanak dan remake boleh menggunakan kanta lekap dalam kegiatan harian termasuk dalam pembelajaran di dalam kelas.


PEMERIKSAAN SECARA KOMPREHENSI OLEH OPTOMETRIST

Betujuan memastikan keadaan mata sihat dan sesuai untuk menggunakan kanta lekap. Selain itu juga preskripsi kanta lengkap yang betul akan di berikan oleh optometririst dan kanta lekap yang diberi mengikut saiz yang sesuai dengan mata.

CIRI KANTA LEKAP YANG SESUAI UNTUK KANAK-KANAK DAN REMAJA
  • Kanta lekap pakai buang secara harian
  • material kanta lekap yang breathable
  • Permukaan yang lembut dan licin
TIP MENGGUNAKAN KANTA LEKAP