Seindah Cerita: November 2016

Hikmah Membaca Surah Yassin

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Hikmah Membaca Surah Yassin | Selama nieyl bekerja 7thn nie, dekat office yang sama majlis bacaan yassin merupakan satu amalan rutin yang akan di buat. Baru-baru ini majlis bacaan yassin dan doa selamat di adakan sempena perpindahan ke office baru dan keberangkatan pengarah ke Tanah Suci Mekah untuk menunaikan ibadah Umrah dan beberapa orang lagi pegawai yang lain. 





  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

Tips Bila Anak Di Jangkiti Chickenpox

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Tips Bila Anak Di Jangkiti Chickenpox | Seingat nieyl, masa kecik nieyl belum pernah kena lagi chickenpox nie, tapi kena masa nieyl umur 23tahun ketika tu dah pun bekerja. Syukur Alhamdulillah bintik² tu tak naik dekat muka, dia just dekat atas kepala dengan badan je..risau juga time tu sebab takut nanti berbekas.

Ini Jika anak-anak kita di jangkiti Chickenpox, apa yang perlu kita buat ;-
  1. Cepat ke klinik - Bukan chickenpox je ya kena cepat pergi ke klinik, apa² sahaja kalau ada tanda² anak kita tidak sihat, cepat² bawa pergi klinik untuk dapatkan pengesahan dan rawatan.
  2. Air kelapa - Khasiat air kelapa adalah sangat berkesan untuk merawat chickenpox. Jika diminum ketika awal dijangkiti, ia akan membantu mengeluarkan chickenpox dan anak kita juga boleh dimandikan dengan air kelapa.
  3. Asingkan anak daripada orang lain - Chickenpox adalah sejenis penyakit yang berjangkit, jadinya elakkan daripada menghantar anak ke rumah pengasuh atau taska sebelum sembuh sepenuhna.
  4. Losyen calamine - Selalunya kalau kita pergi ke klinik,doktor pasti akan bekalkan kita losyen calamine. jadi,jangan lupa selalu sapu ke seluruh badan untuk mengurangkan kegatalan.

  5. Biarkan tanpa pakaian - Sebolehnya, anak-anak tidak perlu dipakaikan dengan pakaian, guna pampers je pun tak apa.
  6. Air masak - Minum air masak yang banyak, adalah bagus untuk memastikan anak daripada dehidrasi.
  7. Susu ibu - Susu ibu adalah penawar terbaik bagi anak-anak yang sedang sakit terutamanya bayi yang berusia 6 bulan ke bawah.
  8. Elak makanan laut - Ini semua orang tahu,tapi tidak lupa juga pada ibu yang masih menyusukan anak ya,pun kena berpantang juga.
  9. Vitamin E - Selepas sembuh dari chickenpox, pasti akan meninggalkan parut,so jangan risau,boleh keluarkan cecair kapsul vitamin E dan lumurkan pada parut anak..InyaÁllah akan hilang :)
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

Saidina Popular Time Cuti Sekolah

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Saidina Popular Time Cuti Sekolah | Salah satu permainan di rumah yang nieyl suka, permainan saidina, tak pun monopoly atau jutaria. Tak kisah lah apa pun nama nya janji permainan dia lebih kurang sama. So,anak-anak buah dekat rumah suka main sesama dieorang, cuma kalau ada masa je nieyl join main. 


Permainan Saidina dapat meningkatkan daya niaga, kemahiran mengira dan membuat keputusan. Ia merupakan sebuah permainan yang menarik terutamanya sekiranya dimainkan dalam masa yang panjang sehingga ada yang muflis dan terpaksa menggadaikan semua harta untuk membayar hutang kepada bank ataupun pemain lain.

Jadi,permainan ini memang sangat bagus dan sesuai di main seisi keluarga disamping itu juga mampu merapatkan hubungan kekeluargaan :)..
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

Promosi Minggu Gaji

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 


Promosi Minggu Gaji | hari ini nieyl nak share dengan korang, this week nieyl ada buat promosi untuk semua produk shaklee, tersangat special..so, if korang memang pengguna shaklee,nak beli dengan harga yang special..boleh terus whatsapp nieyl okay. Tapi kalau nak try mana↓3 produk shaklee pun boleh whatsapp nieyl. Hanya tinggal 2 hari sahaja lagi..

Siapa Cepat,Dia Dapat




Harga Mampu Milik.. 

 Antara khasiat lecithin.. .
🌺Memecahkan lemak
🌺Meningkatkan kadar metabolisma
🌺Menghalang lemak termendap,utk kesihatan jantung
🌺Membantu otak berfungsi dgn cergas
🌺Mengawal kadar kolesterol
🌺Melegakan sembelit .  

Untuk mendapatkan lebih banyak promosi hebat..
korang boleh terus like page nieyl okay

healthybeauty_nieyl 
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

Tidak perlu cemburu pada rezeki orang lain

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ  

Selamat Pagi Semua!




  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

Pukul Itu Tanda Sayang

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Pukul Itu Tanda Sayang | Ini pengalaman diri sendiri tau, teringat dulu..ayah sememangnya seorang yang sangat² garang dan panas baran. In case dekat sekolah cikgu denda atau rotan nieyl, ofcouse lah kita akan mengadu dengan mak ayah kita because nak minta simpati lah kononnya. At the same time, bila kita mengadu kita kena rotan, ayah akan tanya WHY? so,dengan hati yang sangat jujur dan bersih nie bagitahu lah kerja sekolah tak siap, buku tertinggal.. Agak² korang apa respon ayah nieyl time tu??

Sekali lagi ya kena rotan kaw-kaw dengan ayah wehh..aduhai...malang no rasa nasib time tu rasa marah kot, sampai cakap..ee...ayah dah tak sayang kita lagi..asyik nak pukul je.. Bukan itu je, setiap minggu ayah akan check buku sekolah, adalah pantang nenek moyang ayah bila buku cikgu tak tanda. Walaupun hakikatnya cikgu memang belum nak tanda lagi, siap lah tangan atau punggung ko kena libas dengan sangkut baju. Tiada alasan kenapa cikgu tak tanda buku.

Ada satu ketika tu, seronok rasanya bila dapat keluar dengan kawan² pusing kampung naik basikal sampai lewat petang, bila mak panggil kita buat tak tahu je.. sekali ayah panggil, ayah cakap nak bagi hadiah, wah!seronok lah sebab ayah nak bagi hadiah kan.. balik -balik aje ha kaw di keluarkan sangkut baju dekat belakang, macam lipas kudung lari satu kawasan rumah weh..aduhai...ayah nie kerja dia asyik nak pukul je tau..tapi itulah anak dia nie memang degil..

Perasaan takut pada ayah tu memang tebal sangat dalam diri ini, waktu darjah 2 biasa kecil comot lagi, gula-gula,coklat memang makanan harian ya..one day tu gigi geraham sakit sangat,actually dah goyang dah pun, memang patutnya kena cabut pun dekat klinik.. Tapi style ayah pula dia suka cabut sendiri, mak kata tunggu ayah balik ya nanti ayah cabutkan..hahaha..dengan perasaan takut nya tu nieyl cabut gigi sendiri daripada ayah cabut..hahaha..aduhai..teruk betul perangai! jangan tiru ya.. cabut gigi geraham sila pergi ke klinik okay..

Zaman nieyl dulu walaupun orang kata dah sedikit moden tapi nieyl rasa cara ayah mak didik kami adik beradik still old school orang kata. Betul, getah paip tu pun selalu je singgah dekat badan ni, tali pinggang ayah pun selalu je melekat dekat kaki, ish...macam² lah lagi,yang teruk² tak boleh cerita..bahaya..hihihi..

Walaupun cara ayah tu nampak kasar tapi AGAMA dan PELAJARAN ayah tidak pernah abaikan. Semua anak² di sekolahkan walaupun dulu susah. Dan bila dah dewasa, baru nieyl sedar kenapa ayah pukul, setiap kali nieyl buat salah. Kalau ayah biarkan mungkin nieyl tak jadi seperti ini. 

Ala..sebenarnya kan nieyl nak share pasal lain, tapi tercerita pula kisah diri sendiri..Tak apalah semoga korang enjoy baca kisah zaman kecil nieyl walaupun tak seberapa pun..hihihi..
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

Jenis Hati Manusia

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 


Jenis Hati Manusia | Setiap manusia memiliki hati, akal dan fikiran. Hati perlu dijaga dengan baik supaya setiap percakapan dan perbuatan kita sentiasa di rahmati Allah. Tahukah kita sebenarnya kita bekerja mengikut perintah hati?bila hati kita bersih dan suci maka setiap perbuatan dan percakapan kita pun baik dan terjaga.

Dalam islam, hati terbahagi kepada 3 jenis iaitu ;-

Qalbun Salim
  • Hati bersih, selamat
  • Hati orang Mukmin taat kepada Allah SWT dan Rasul-Nya, bersih daripada segala sifat buruk seperti kufur, syirik

Hati Sakit
  • Orang beriman yang fasik. Ia bebas daripada perbuatan kufur tetapi terbelenggu dengan penyakit hati seperti riyak, sombong, cintakan dunia,lupakan akhirat

Hati Mati

  • Golongan kafir, tidak mengenal, beriman dan menyembah Allah SWT, hati jenis ini paling keji di sini Allah.

Semoga sahabat² nieyl semua yang singgah ini dan baca tergolong dalam Qalbun Salim, dan terus berusaha menjadi lebih baik walaupun kita semua manusia yang serba kekurangan dan tidak sempurna.
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

Sistem Suria : Kenali Planet

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Sistem Suria : Kenali Planet | Ada anak buah tanya, apakah planet yang paling hampir dengan matahari?dengan confident jawab ala takkan itupun tak tahu..(dlm kepala tengah berfikir cari jawapan) jawapan dia Utarid lah..serius bila soalan tu di tanya apa yang terbayang dekat dalam otak ini adalah lukisan mural di dinding sekolah. Sebab nieyl perasan zaman sekolah dulu ada satu dinding tu ada lukisan mural tentang sistem suria..hihihi..

Nampak tak?siapa kata lukisan mural di dinding² sekolah tu tak ada fungsinya..ada tau..time² exam pun penting pergi toilet lalu dekat dinding tu..hahaha.. :P 

Meh kita imbas sedikit tentang sistem suria manalah tahu nanti anak² tanya ke kan..asah semula ilmu pengetahuan kita.

Sistem suria ialah Matahari dan semua objek yang mengorbitnya. Objek-objek yang mengorbit Matahari ialah 8 planet iaitu;
  • Utarid (Mercury)
  • Zuhrah (Venus) 
  • Bumi 
  • Marikh (Mars) 
  • Musytari (Jupiter) 
  • Zuhal (Saturn) 
  • Uranus 
  • Neptun (Neptune)
Eh..mesti semua tanya mana perginya Pluto, ok Pluto dianggap sebagai planet kesembilan dalam Sistem Solar. Tapi  penghujung abad ke-20 dan awal abad ke-21, banyak objek serupa Pluto ditemui di bahagian Sistem Solar yang jauh, terutama sekali Eris , yang lebih besar dari Pluto dan  24 Ogos 2006, Kesatuan Astronomi Antarabangsa (IAU) secara rasminya menuruntarafkan Pluto daripada sebuah Planet menjadi sebuah planet kerdil.


Dan ada satu lagi perkara yang membuat nieyl sentiasa ingat tentang planet² ini masa zaman sekolah rendah atau menengah, pembahagian kelas² di beri nama mengikut nama planet² yang ada dalam sistem suria kita, itu juga merupakan salah satu cara untuk kita sentiasa ingat nama² planet ini.

  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

Jangan Lupa Berselawat

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 


Salam Jumaat Semua♥
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

Pakai perfume tapi tak wangi?

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 


Pakai perfume tapi tak wangi? | Pernah tak korang rasa macam tu?Spray sana spray sini bagai nak tuang satu botol dekat baju,tapi tetap jugak bau tidak tahan lama. Kata orang kalau nak wangi kena pakai perfume yang mahal²..hello perfume tak mahal pun wangi okay yang penting boleh bawa solat..ingat tu ya... 

Bukan salah perfume tu mahal ke murah ke, sebenarnya cara kita pakai perfume tu yang kadang² salah, ha..tarik muka..tarik muka..tertarik betul² kan baru tahu..meh nak share cara yang salah ketika korang pakai perfume. 


Gosok minyak wangi selepas Spray
Kalau korang jenis pakai minyak wangi yang jenis sembur atau spray, selepas sembur tu korang tak perlu gosok minyak wangi tu sebab ianya akan pecah dan menyebabkan bau minyak wangi tu tak tahan lama. (ingat tu tak payah gosok)

Simpan minyak wangi di tempat yang sesuai
Nak bagitahu, minyak wangi tidak sesuai di letakkan di tempat uang terdedah dengan suhu panas terutamanya di dalam kereta. Seharusnya minyak wangi kita itu di simpan di tempat gelap bersuhu bilik tidak terlalu sejuk dan tidak terlalu panas. Ini kerana suhu tidak sesuai akan menyebabkan molekul bau wangi musnah.

Jangan sembur pada kulit kering
Kulit yang lembap akan membuatkan haruman minyak wangi tahan lama, Kebiasaannya sapukan losyen di kulit sebelum sembuh minyak wangi untuk keharuman yang lebih tahan lama. :)

Campur minyak wangi
Nama pun minyak wangi, ada pula jenis yang sembur minyak wangi lebih daripada satu jenis, eh..ada ke??ish...tamaknya...dia ingat lebih wangi lah tu, actually..kalau kita pakai lebih dari satu jenis minyak wangi pada masa yang sama bukannya lebih wangi ianya akan menimbulkan bau yang kurang menyenangkan.

* Minyak wangi sangat berkesan pada kulit yang panas dan mempunyai peraliran darah yang baik.

Extra Sharing

Nieyl nak share dengan korang, dekat mana tempat di tubuh badan kita yang sesuai kita sembur atau sapu minyak wangi :-

  1. Belakang telinga
  2. nadi pada sendi tangan
  3. siku
  4. ruang bawah dada
  5. celah paha
  6. belakang lutut
  7. pergelangan kaki
Okay, korang dah tahu sekarang kan..jadi jangan lupa amalkan..selamat mencuba yaaa...:♥



  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

Dulu 5S kini EKSA

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 


Dulu 5S kini EKSA | EKSA merupakan penjenamaan semula Amalan 5S yang telah diguna pakai dalam sektor awam sejak tahun 2010. Komponen utama dalam pelaksanaan EKSA masih berteraskan Amalan 5S yang ditambah baik di samping penambahan beberapa elemen baharu. EKSA bukan bertujuan untuk menggantikan konsep 5S yang diamalkan sebelum ini, sebaliknya menambah baik elemen 5S tersebut dengan menyokong kepada pewujudan persekitaran kerja yang lebih kondusif. Amalan 5S ditambah baik dengan menambah lima elemen baharu, iaitu:

• Imej Korporat;
• Kreativiti dan Inovasi;
• Amalan Hijau
• Persekitaran Kondusif; dan
• Kepelbagaian Agensi.

Objektif utama penjenamaan semula Amalan 5S Sektor Awam kepada EKSA adalah untuk membolehkan jabatan/agensi kerajaan:

*********************************************************************************

Semalam audit oleh ketua Zon masing², nama Zon nieyl Zon Nougat. Audit dilakukan untuk melihat workstation masing² seragam dan berimej korporat. Korang tahu lah, kalau masuk bilik nieyl ada bantal pink², ada segalanya berwarna pink lepas tu ada haiwan² peliharan. So, untuk EKSA kena korban semua simpan di dalam bahagia peribadi. 

Yang mana lekat-lekat FM tu semua kena hilangkan dari pandangan, atas meja alat tulis dan perhiasan hanya seluas size A4 sahaja..Nak tengok tak?gambar sebelum dan selepas?hihihi..



Semalam dah banyak kena komen, pagi ini ketua Zon datang lagi buat rondaan..hahaha..so far, bilik nieyl okay tak ada masalah, tindakan komen yang diberi semalam pantas membuat perubahan.. kata ketua Zon..huhuhu..dan satu lagi, dia kata wanginya bilik..hahaha..
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

More be Happy

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 


Happy working everyone ♥
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

Dashboard blogger berwajah baru

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Dashboard blogger berwajah baru  | Terkejut tau! tiba-tiba bertukar wajah ingatkan tadi kena hack ke apa  tadi adoi.. Nampak gayanya kena biasakan diri lah nak klik mana untuk new entry kawan², kalau tidak dulu buka blog je dah nampak dah entry kawan², boleh nampak berapa komen yang ada,sekarang nie lebih privasi nampaknya..kena merajinkan diri klik..klik..klik...


So,lepas nie buat lah notification untuk orang reply komen dekat blog pulak kan..sekurang-kurangnya kita boleh balas komen kawan² kita..atleast kita tahu..Oooo..dia reply komen kita... :♥

Bergembiralah...sambil sesuaikan diri..hihihi
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

Bila orang jawa nak masak kari penang

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 



Bila orang jawa nak masak kari penang | Siapa pernah masak kari penang?makan kari penang?  Pernah makan kari penang yang adik ipar masak, sedappp.. time tu makan dekat penang la time pergi rumah dia. Lepas tu kononnya nak try juga lah buat bila dah balik selangor nie, first trial fail..sebab dia tak jadi kari penang tapi jadi kari melayu jugak..

2 minggu yang lepas, en.husband bawa balik ikan patin kata dia nak makan kari penang ikan patin, aduhai..berpeluh dik non akk dengar..dia nak makan kari penang..So,minta lagi untuk kali kedua resepi, so buat step by step..memula tu nampak macam nak menjadi je..lepas masuk santan je..leburrr..bertukar jadi kari melayu..hahahaha... fail kali kedua weh...stress!

Tapi kata en.husband better dari first time dulu, maybe kena ada kali ke-3 dan ke-4 lah lepas nie baru boleh jadi betul-betul kari penang yang sodap...hahaha..

kari penang yang adik ipor buat
kari melayu ikan patin

Harap-harap lepas nie menjadi la kalau buat lagi, usaha tangga kejayaan chaiyok² nieyl !

  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

Jom Like Fan Page healthybeauty_nieyl

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Jom Like Fan Page healthybeauty_nieyl |   Selamat Pagi semua, dah breakfasts belum? Kalau sudah,Alhamdulillah..moga² cukup tenaga untuk mulakan kerja hari ini . Syukur Alhamdulillah, hari ini nieyl nak bagitahu dekat korang yang nieyl ada satu lagi fan page untuk part time jobs nieyl. 


Dalam fan page ini nieyl akan selalu update tentang produk² shaklee,produk kesihatan yang lain yang nieyl jual selain dari itu nieyl juga akan berkongsikan tips-tips kecantikan dan kesihatan untuk semua pembaca. Jadi, jom korang support nieyl ♥

Korang like fan page nieyl healthybeauty_nieyl dan yang mana belum like fan page seindahcerita boleh juga like sekarang.

TQ korang ♥

  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

Jawapan Soalan Semalam

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 


Jawapan Soalan teka harga semalam SINI
RM3.50

Tahniah!
Blogger Kak Normi Nieza
Nieyl dah update dalam bloglist :)
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

Kalau Traffic Jam...

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 


Kalau Traffic Jam | Kalau dikawasan pusat bandar atau bandar besar masalah yang sering kita akan hadapi adalah traffic jam. Bermula terbit matahari sehinggalah terbenamnya matahari, kesesakan lalu lintas tetap akan ada. That why kalau nieyl atau sesiapa yang tak biasa dengan keadaan ni mesti akan stress bila kena outatation area KL sana tu. 



Tabik spring lah dekat kakak² yang sentiasa sabar menghadap masalah ini bertahun-tahun lamanya. Walaupun merungut,walaupun stress dieorang tetap gigih mengadap sebab punca rezeki di sana kan.. Sebenarnya bukan nak sembang pasal traffic jam nie sangat sebab selagi namanya KL, begitulah keadaannya kan..

Korang kalau berada dalam kesesakan jalan raya nie, apa yang korang buat dalam kereta? 

Buat konsert
Ada sesetengah orang dia berkaraoke dalam kereta...hahaha..yang itu diri yang sedang menaip ni lah.. Ada ku kisah suara ku sedap ke idak..hahaha..bukan orang lain dengar pun..

Whatsapp
Sementara nak tunggu kereta bergerak setapak ke depan, handphone memang menjadi salah satu benda yang wajib ada di tangan. Walaupun tak ada nak balas whatsapp apa pun, janji buka whatsapp..motif?baca komen² dalam group whatsapp yang sangat jarang kita baca..hahaha..

Bebelan
Yang ini tak payah nak menipu sangat lah, mesti semua orang buat kan..kalau boleh dari pejabat sampai ke rumah bebel tak sudah²..

Teruknya lah diri ini,so..kalau yang nak tumpang kereta nieyl ha..kena bertahan telinga lah yaa..haha.. Kalau korang pulak?apa korang buat? 
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

Cuba Teka Berapa RINGGIT

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 


Selamat Pagi ♥
Rasanya pagi ni nak main teka teki la...
Cuba Korang teka berapa RINGGIT menu di atas ini..
Siapa yang jawab dengan betul,
Nieyl masukkan korang dalam Bloglist Nieyl :)
Selamat Mencuba :)

  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

Pulut Kuning Ayam Rendang by Embun Lady

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 


Pulut Kuning Ayam Rendang by Embun Lady | Murah rezeki hari jumaat lepas dapat pulut kuning dan rendang ayam. Dah lama nieyl usha pulut kuning dengan ayam rendang ni dekat FB,dekat IG, cuma nak order tu je belum berkesempatan but last friday rezeki dapat rasa sendiri kesedapan dan keenakannya...waduh!serius memang sedap, pulut dia sangat lembut, rendang ayam dia semua cukup rasa.


Selain dari pulut kuning dan rendang ayam, Embun lady pun ada ambil tempahan untuk set nasi lemak rendang ayam. So, andai kata kalau korang nak buat jamuan atau nak bersedekah mungkin masa terhad untuk buat semua tu, korang boleh guna perkhidmatan Embun Lady...InsyaÁllah berpuas hati.

Instagram : Embun Lady
No tel :📞 0123514928  /  📞0173562759


Delivery day: Monday (Putrajaya/Bangi/UPM) 
Weekend delivery; please order 3 days earlier. 
(Delivery area within Lembah Klang; delivery charge applied)


  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

Born Again

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 



Syukur Alhamdulillah...
terima kasih kepada awak..awak..awak..dan awak semua...
yang mendoakan kesihatan nieyl..
Hari ini nieyl dah 90% sihat...
Tidak risau lagi..semuanya kembali seperti biasa :)

Happy working SEMUA!

  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

Berhentilah saling perli memerli

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 




Berhentilah saling perli memerli | walaupun kadang² jiwa dan hati kental tapi bila mengadap tu memang rasa macam nak balik ke apa yang ada dekat tangan tu. Kadang² pelik juga dengan mereka-mereka yang suka memerli ni, macam orang tak cukup kasih sayang agak nya. Tak boleh tengok orang lain bahagia, ada je benda yang nak diperlikan.. walaupun dalam nada bergurau..akk SENTAP Okay!
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

Mega Giveaway By Blogger's Family 2016

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Join Klik Banner

Tag
Awak
Awak

Instagram

@nieylanadia

  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seindah Cerita Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign