29 January, 2016

Selamat hari wilayah

by on January 29, 2016
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 


Selamat Hari Wilayah...
yeay...cuti panjang....
Jumpa hari selasa nanti yeaaa....

Selamat Bercuti..


-LOVE NIEYL♥-

Autopublish by nieyl♥



  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

Penyejuk ketika panas :)

by on January 29, 2016
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Skrg nie cuaca memang menguji anak tekak...
kering...sesekejap minum air..
Sesekali tu dapat minum air penyejuk nie...
nikmat rasanya..
Siapa suka air nie??

-LOVE NIEYL♥-

autopublish by nieyl ♥
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

7 Habit Untuk Kulit 'Glowing'

by on January 29, 2016
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Ada orang tanya..
muka nieyl sentiasa glowing..
kalau dalam gambar pun nampak cantik ..
Jerawat pun tak ada..
adoi..malu nyer..

Kalau nak cakap jerawat tak ada tu..
memang tak ada sekarang nie..
Sebab jerawat nie musuh no.1 nieyl..
tapi Alhamdulillah..jerawat akan tumbuh sekejap je..
dalam sehari 2..dia hilang...wah!seronok..
jadi,amalkan la amek vitamin C yea..:P

meh..nak share sikit untuk dapatkan kulit yang glowing..
Jangan harap make up je tebal..


1. Gunakan serum antioksida 

 Antioksidan dari vitamin C dan E membantu menghalang kulit dari dehidrasi dan juga mengelakkan radikal berbahaya, sinar UV, pencemaran dan juga habit makan yang tidak sihat.

 Gunakan serum ini sebaik sahaja membersih wajah, tunggu beberapa ketika kemudian oleskan pelembap. Serum ini menggandakan efek pelembap dan 'sunscreen' anda kerana kandungan nutrien yang ada di dalamnya.

2. Lebihkan protein dalam diet  

 Sarapan yang tinggi protein seperti telur, yogurt dan kekacang membina kolagen dalam kulit. Kolagen adalah protein yang memastikan kulit anda tegang dan muda.

 Mereka yang banyak mengambil protein lebih cenderung untuk kenyang lebih lama dan tidak terlebih makan. Protein juga merupakan blok asas dalam pertumbuhan rambut sihat.


3. Gunakan SPF 

 Wajib digunakan setiap hari walaupun hari mendung. Kandungan SPF pada pelembap dan juga mekap tidak mencukupi untuk memberi perlindungan optima.

 Sapukan pada seluruh wajah, termasuk pada bahagian mata, leher dan juga tangan anda kerana kawasan ini cenderung menunjukkan penuaan.


 4. Hidrasi dalam dan luar 

 Dehidrasi akan membuatkan kompleksi anda pucat dan lesu. Sebaik bangun dari tidur, anda perlu menambah kandungan cecair dalam badan.

 Setiap pagi, minum segelas air lemon suam untuk penambahan Vitamin C dan memastikan penghasilan kolagen berjalan lancar. Ia juga bakal memberikan wajah anda kompleksi yang segar.


 5. Gerak badan 

 Bersenam dan menggerakkan badan secara konsisten pada waktu pagi mampu menambah adrenalin, beri badan anda tenaga dan menambah kandungan oksigen dalam badan.

 Kajian menunjukkan mereka yang bersenam pada waktu pagi, tidur mereka lebih lena pada waktu malam. Jadi pastikan anda menyelit aktiviti senaman pada waktu pagi untuk kesegaran sepanjang hari.

 6. 'Mist'kan wajah

 Gunakan air mineral untuk ini. Simpan air mineral dalam peti ais dan sembur pada wajah anda setiap pagi. Terdapat banyak produk sebegini di pasaran jadi ia bukanlah sukar untuk didapati.

 Wajah anda akan rasa lebih segar dan 'awake'. Air yang sejuk itu juga akan mengurangkan kesembapan wajah anda.


 7. Minum teh hijau 

 Mereka yang ketagihan kafein pada waktu pagi, dapatkan ia dari teh hijau. Ia kaya dengan flavenoid yang kaya dengan antioksidan dan melambatkan proses penuaan dan kerosakan sel.

 Tidaklah bermakna anda tidak boleh minum kopi, kopi juga ada antioksidan dan juga diketahui mempercepatkan metabolisme. Kalau boleh janganlah minum dua cawan kopi, tukarkan dengan teh hijau. Ia lebih baik.


**antara kat atas tu,biasa nieyl amalkan no.1 dan no.3..


-LOVE NIEYL♥-


autopublish by nieyl♥

  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

Kita Sekarang..

by on January 29, 2016
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 



-LOVE NIEYL♥-

autopublish by nieyl ♥

  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

28 January, 2016

Happy birthday husband

by on January 28, 2016
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 


Alhamdulillah...hari ini ulangtahun kelahiran en.husband tercinta...
Dia lah suami...Dia lah kawan...kdg² musuh sekejap..
Dia lah bank bergerak..Dia lah segalanya....

Dia sentiasa bersabar..
Tidak pernah mendesak wife dia untuk pregnant..
Kata dia..rezeki itu Allah yang beri..
kalau kita yakin dengan Allah...
Kita kena sabar..usaha..dan redha :)..

Dia tidak pernah merungut..
bila wife dia balik kerja..kepenatan..
Tak larat nak masak..
Kata dia,tak apa...dia makan apa yang ada je..

Semoga Dia lah suami yg pertama sampai ke Jannah...Amin..



-LOVE NIEYL♥-


  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

7 Tanda Tubuh Penuh Toksin!

by on January 28, 2016
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 



1. Sering rasa letih- walau pun cukup tidur tapi anda tetap rasa mengantuk dan kurang bertenaga.  

2. Berat badan sukar turun - sudah bersenam sudah, makan pun dikawal tapi berat badan tak juga kurang.

 3. Mulut berbau - walau pun sudah memberus gigi, berkumur dan makan gula-gula getah tapi mulut masih berbau. Bau mulut memang ada kaitan dengan masalah pencernaan yang mengganggu proses penyingkiran toksin dari tubuh.

 4. Sembelit - usus menyingkirkan banyak racun setiap hari dari tubuh kita. Tapi ketika sembelit, tubuh menyimpan semua racun tersebut, yang akan memberi kesan negatif pada kesihatan. Sembelit ini akan menyebabkan sakit kepala, lenguh badan dan keletihan.

 5. Daya ingatan dan tumpuan yang lemah - selain itu anda juga kerap rasa cemas.

 6. Alahan dan masalah sinus - ini kerana sistem imun yang lemah. Boleh jadi juga anda jadi sensitif kepada bau terutama wangian.

 7. Masalah kulit - jerawat, ruam, dan masalah kulit lainnya mungkin menandakan tubuh anda banyak toksin. Awas juga jika mata bengkak atau mengalami psoriasis. Ia boleh jadi tanda bahawa kandungan racun dalam tubuh sudah terlalu banyak.


kalau tengok tanda² nie...hmmm....
Macam berguni je toksin dalam badan nie..ha..ha..ha..


-LOVE NIEYL♥-

  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

Thank you zalora

by on January 28, 2016
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Bekerjasama dengan zalora nie tahun nie merupakan tahun ke-2 laa...
Alhamdulillah...thanks zalora
Moga di masa akan datang dapat lagi peluang² mcm ni..hihihi..

Bukan mudah bagi seorang wanita yang sentiasa shopping...
tetiba 2 bulan tak ada gaji (renew kontrak)..
Tak sabar rasanya nak gaji..(kedebok)

Tapi zalora telah mengurangkan nafsu shopping ku..ha..ha..ha..
Seronoknya bila shopping tanpa mengeluarkan sekeping duit..
Alhamdulillah...last week nieyl tebus voucher yang nieyl dapat tu...
nak tahu nieyl beli apa je??
 ok...excited bila barang dah sampai..huhuhu..
nieyl just redeem barang yang nieyl perlu n guna...
nieyl beli kasut sebab nieyl akan pergi kursus PA ,so..kena pakai kasut bertutup..
so,nieyl memang tak ada langsung heels yang bertutup..
so,sangat berbaloi lah beli sebab kita nak pakai kan..jimat...

mesti ada yang ckp...

'laa..shampoo pun nak beli kat zalora ke'

ha..ha..ha..kalau ada pencuci pinggan pun saya beli tau..ha..ha..ha..
Lebih baik kita beli benda yang kita pakai n kuranglah sikit duit nak beli shampoo..
sbb free... :P

Oklah hari nie last day nieyl kerja :P
esok nieyl start cuti...hari selasa baru masuk office semula :)


-LOVE NIEYL♥-


  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

Kenapa Followers Blog Berkurangan

by on January 28, 2016
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 


Kenapa Followers Blog Berkurangan: kenapa jumlah followers blog makin berkurang secara sendirinya. Lepas berkurang sikit, berkurang lagi sampai satu tahap tak berkurang lagi dan jumlahnya berkurang sangat banyak dari jumlah asal sebelum ni. 


-LOVE NIEYL♥-

Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

Bekerja keras

by on January 28, 2016
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 


-LOVE NIEYL♥-

  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

27 January, 2016

Bila nakkan sesuatu..follow..like..

by on January 27, 2016
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Actually dah perasan benda nie 2 3 minggu yang lepas..
tapi macam malas nak amek port sgt...sebab hak masing² kan..
tapi yang tak bestnya x fair laaa...
u unfollow me..tapi i follow u..
macam tak kena kan...
lebih baik kita buat mcnie...
u unfollow me....i unfollow u..
ha..mcm tu baru fair kan... :)

bagitahu laaa...

"saya nak unfollow awak"

atau

'"i  dah bosan la follow blog u "

tapi kali ni kena fikir positif..
maybe dia dah delete blog dia kot... :)


-LOVE NIEYL♥-

  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

CPUV nuffnang baru :)

by on January 27, 2016
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Alhamdulillah...semoga terus murah rezeki..:)

-LOVE NIEYL♥-
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

"Segmen irrayyan | Sejarah Blog Seindahcerita"

by on January 27, 2016
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 


Sejarah Blog SeindahCerita

  1. Entry yang pertama ditulis pada 22 Februari 2010 hanya sekadar suka² tanpa follow mana² blog ketika itu..(budak baru belajar).
  2. Pada asalnya create blog nie untuk menjadi teman dikala sunyi,tempat melepaskan marah, kecewa dan sedih..(anak bongsu perempuan memang macam tu kot)
  3. Seindahcerita menjadi pilihan hati sebab dalam kehidupan manusia,kita melalui pelbagai rasa, kehidupan kita penuh dengan corak² kehidupan yang berwarna warni yang kadang² kita sendiri pun tidak terfikir apa yang kita sedang lalui...jd,dalam blog ni mempunyai secukup rasa :)
  4. kalau tengok tahun 2010 hanya 346 entry je yang sempat dicoretkan dalam blog nie, tahun berganti tahun, menulis menjadi satu perkara yang mesti dilakukan sekurang² nya seminggu 5x..(isnin-jumaat). Hari bercuti jarang dapat menulis sebab masa tertumpu kepada benda yang lebih penting sebagai isteri,anak dan menantu :)
  5. Follower pada asalnya 0, kini Alhamdulillah..walaupun tak beribu..bersyukur sebab dapat ramai kawan maya yang lebih memahami, lebih mengambil berat dan sentiasa share ilmu :)
  6. Oklah itu sahaja yang menarik tentang blog Seindahcerita :)


-LOVE NIEYL♥-

  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

Teknik Untuk Elak Dagu Berlapis

by on January 27, 2016
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Baik mengaku siapa yang ada dagu macam nie??

"yea..saya lah orangnya itu"

haha..macam mana nak hilangkan?
cari punya cari..terjumpa tips untuk hilangkan lelemak kat dagu nie..hihi..

1. Jangan Tidur Siang 
Amalan tidur siang membuatkan wajah menjadi sembap dan lesu. Wajah yang ‘membengkak’ ini membuatkan anda kelihatan berisi. Dagu juga menjadi berlapis jika anda sering tidur siang.

 2. Urutan Lakukan urutan wajah setiap hari. 
Untuk mengatasi lebihan isi di bawah dagu, dongakkan kepala. Kemudian secara perlahan-lahan, lakukan urutan di bawah dagu. Urutan dilakukan dari leher menghala ke dagu. Teknik urutan yang betul melancarkan perjalanan darah dan wajah menjadi bujur, sekali gus mengatasi dagu berlapis.

 3. Jaga Pemakanan
 Amalkan pemakanan yang seimbang, elakkan makanan berlemak. Ini membuatkan berat badan anda naik. Bentuk wajah juga akan terkesan jika anda mengalami penambahan berat badan. Rata-rata wanita yang bertubuh gempal mempunyai dagu berlapis.

 4. Masker Putih Telur 
Dagu berlapis berlaku kerana lebihan lemak dan kulit yang kendur. Jadi bagi menganjalkan kembali kulit di bahagian ini, oles wajah dengan masker putih telur yang dicampurkan dengan perahan lemon. Amalkan tip ini seminggu dua kali, kulit di bahagian dagu akan menjadi tegang dan halus.

 5. Senaman Wajah 
Buka mulut anda seluas-luasnya kemudian tutup, lakukan gerakan ini beberapa kali. Selain itu, kita juga boleh mengunyah gula-gula getah, membuatkan wajah ‘bersenam’. Pergerakan ini membantu memecahkan lemak pada wajah termasuk di bawah dagu.

 6. Ketawa/ Berbicara 
Ketika kita ketawa dan berbicara, otot wajah ‘bekerja’ kuat. Pergerakan ini juga membuatkan wajah tampak awet muda dan mengurangkan lemak di bawah dagu. Jadi, rajin-rajinlah ketawa dan berbicara jika mahu dagu kita runcing.


Kalau tengok yang selalu kita amalkan secara tidak sengaja...
no.6 tu jelaaaa kann..no.1 tu hmm...kena kerja keras sikit lah mcnie..hihi..


-LOVE NIEYL♥-


  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

Spend time with MIL

by on January 27, 2016
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Haiii...blog dah kembali boleh access..hihi..
cuti thaipusam lepas ke mana saje korang?
nieyl pergi ikea cheras yang baru tu..
ini first time pergi...kalau dari umah nieyl ikut highway maxx tu..
lebih kurang 30minit..
Alhamdulillah...jalan pun x jem..
Sebab nieyl gerak dr umah dalam pukul9.30 pagi..

Tunggu dalam kereta sementara tunggu MIL :)
 cantik tak?wah!berangan sekejap..
nieyl plan kalau ade rezeki nanti...
nak buat mcnie...cantik pulak kombinasi warna hijau dan putih tu...:)
yang penting simple.. :)
tertarik dengan karbinet tu..
 Sambil² survey untuk diri sendiri..
survey kan sekali untuk adik ipar...
Alhamdulillah,dia pun dah beli rumah sndr...so,nak decorate sikit..:)
 Rambang mata la tengok..
tak tahu nak pilih yang mana..huhu..:)
Ruang toilet yang simple..
kecik tapi selesa..tak nampak serabut...
dua beranak nie bizi survey pintu almari baju...:)
seronok sesekali spend time bersama...
Macam biasa lah,nieyl ngan en.husband klu dah masuk tempat² mcnie..
klu tak 5 ke 6 jam..tak sah..huhu...
tapi hari tu x boleh lelama..sebab MIL ada program lain pukul3..
so,kena sampai rumah sebelum kol2.30...

jd nyer,en.husband tak puas berjalan...
sama la ngan diri ini..haha..oleh yang demikian...
plan lagi untuk ke sana lagi berdua...haha...

tapi kata MIL nieyl, ikea cheras dia penat berjalan...
tak macam ikea damansara tu..yeke?
jadi,perhatian...klu pegi ikea x yah la nak pakai high heels sangat ye..huhu...:P

Address:
No. 2A Jalan Cochrane,
Taman Maluri, 55100 Kuala Lumpur,
 Malaysia


 GPS: 3.134345, 101.719904 



-LOVE NIEYL♥-
   Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

26 January, 2016

Senyap membisu

by on January 26, 2016
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

ada sesiapa cari tak sepanjang hari ini?
sunyi blog 4 hari...hari ni kat office pulak tak boleh nak access..
mati kutu di buatnya...rasa lambat je nak 4.30 ptg tadi..huhuhu...
Hopefully,esok back to normal laaa..
klu nieyl senyap je esok..tu tandanya x boleh access lagi laaa...
terpaksa la prepare entry lebih awal...huhu.. :)

Rindu nak BW..


-LOVE NIEYL♥-
Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

22 January, 2016

5 kesan baik dari senyuman untuk kesihatan.

by on January 22, 2016
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Senyuman merupakan salah satu ungkapan yang mencerminkan
kesihatan jiwa dan reaksi seseorang ketika sedang gembira.
 Apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding
43 ketika mengerutkan dahi. Senyuman bukan hanya sekadar reaksi terhadap sesuatu,
malah ia juga terlibat dalam penghasilan endorphin yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu merasa lebih selesa dengan diri sendiri.

 Senyuman dan ketawa adalah senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ia ibarat urutan terhadap organ-organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan daya tumpuan belajar. Ia juga melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi, membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.


5 kesan baik dari senyuman untuk kesihatan.  
1. Melambatkan proses kedutan di wajah
2. Menghilangkan Stres
3. Meningkatkan Kekebalan Tubuh
4. Menormalkan Tekanan Darah
5. Menghilangkan Rasa Sakit



" senyuman itu kan sedekah"


LOVE NIEYL♥-

Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

Majlis bacaan yassin

by on January 22, 2016
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Selamat pagi jumaat...
pagi ni nieyl ada majlis bacaan yassin dan tahlil...
semoga apa sahaja yang kita lakukan hari ini dan hari² mendatang...
sentiasa di berkati...Aminn...

-LOVE NIEYL♥-

  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

21 January, 2016

Kedai CInta Vita Nieyl

by on January 21, 2016
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Ramai follower nieyl yang tak tahu...
nieyl pun ada jual shaklee...
cuma kalau dekat blog nieyl memang jarang² update pasal shaklee..
nieyl lebih fokus di FB dan page..

FB Page : Click HERE 


-LOVE NIEYL♥-
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

Ceria di pagi khamis

by on January 21, 2016
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Hai semuaaa....
selamat pagi khamis..
Kak lieya tanya nieyl breakfast apa pagi ni..
Pagi nie makan roti telur + kepingan ayam...
simple je pagi nie sebab pagi nie tadi ada perhimpunan bulanan..
so,semua kena cepat turun ke auditorium.. :)
Apa yang paling best bila tiba hari perhimpunan setiap bulan..
adalah goodies bag..
so,untuk kali nie dalam goodies bag ada air kotak,roti,coklat n keychain comel nie..:)
Setiap bulan akan dapat benda yang berlainan tau..
seronok..:)semangat nak pergi perhimpunan mcm nie..hihi..

*to kak lieya : akk nieyl masih kerja tempat yang sama...:)
alhamdulillah..rezeki masih di sini :)

Happy working semua!


-LOVE NIEYL♥-

  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png