26 February, 2016

Rahsia Penting Agar Ibu Mertua Jatuh Cinta Dengan kita

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Pagi ni nieyl saja nak share sedikit pengalaman yg tak berapa nak ado ni..
hihihi..dulu masa baru² kahwin, tersangat la bimbang tak dapat jadi 'sebulu' dengan MIL.
Sebab masa berkawan dengan en.husband pun nieyl tak berapa rapat ngan MIL..
yela..dulu malu²..segan²..sebab tak ada apa² ikatan.. ( bagusnya anak siapa lah nie) :P

 Berikut merupakan 'rahsia' dan petua yang boleh diikuti untuk membuatkan bakal mertua jatuh cinta dengan kita..

1. Jangan rasa cemburu bila pasangan anda rapat dan mengikut apa sahaja suruhan ibunya. Sebaliknya, hadirkan rasa bahagia bila pasangan anda akrab dengan ibunya. Dengan ini bakal mertua melihat kita sebagai seorang calon menantu yang baik dan juga anak yang baik. Ia mampu membuatkan mereka menyukai anda secara semula jadi.

 2. Sentiasa hargai apa sahaja yang diberikan oleh bakal mertua. Seperti pendapat, hadiah dan sebagainya. kita boleh cuba mendekati bakal mertua dengan bertanya mereka tentang diri pasangan anda. Ya, itu merupakan modal perbualan yang sangat baik, sekaligus mengenal hati budi kedua belah pihak.

 3. Jangan lupa kunjungi bakal mertua, sekali sekala. Beri kejutan pun sangat digalakkan. Ini membuatkan mereka berasa senang dan lebih sayang dengan kita  sebagai menantu.

 4. Sentiasa memiliki komunikasi yang baik dengan bakal mertua. Pelajari apa yang dia suka, makanan kegemarannya, dan sebagainya. Dengan ini, anda lebih memahami isi hatinya sambil mendekatkan diri lebih rapat dengannya.

Mungkin tips² di atas ini boleh membantu ♥
Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

6 comments:

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)