Seindah Cerita: October 2015

Shopping necklace

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Seronoknya smlm cuti..haha...
tu yg tak menginggah blog uolls tu...
kualiti time sangat semalam tu...
seronok puas berjalan rasanya..
sampai kaki sakit..bahu sakit...

Hari tu keluar ngan mak...
shopping necklace..
tertarik sangat ngan necklace nie...
Walaupun pakai berhijab..
still boleh pakai tau...xperlu nak singkat kan shawl atau tudung pun...
Kena pandai pilih yang tali panjang :)
Cantik tak?hihihi

Bila dah beli yg comey² nie..
biasalah anak buah ramai perempuan....
remaja..nak bergaya...
pinjam²..:)

boleh buat sewa ni ngan dieorang nie...hihihi...


-LOVE xoxo-
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

Bila Mak Ikut Anak Shopping

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Sebagai seorang anak memang nieyl suka kalau mak ikut..
nieyl pergi jenjalan...shopping...tetapinyaaaa...
mak nieyl jarang² nak ikut....sebabnya...

1. Tak larat nak jalan lama² -sebab dia tahu anak dia kalau berjalan,
berjam-jam tanpa letih..hahaha

2. Mak tak suka makan kat luar - jenis nieyl kalau berjalan,
memang akan makan kat luar..hihihi

3. Tak suka balik rumah lewat malam - anak dia nie kalau keluar pagi,
tengah malam baru sampai rumah..hihihi...

So,alkisahnya last week nieyl memang sangat stress..
tertekan bila dengar  pembentangan bajet 2016..
sebab apa..yg tu nanti nieyl cter...

So,en.husband pun tak sanggup agaknya tengok muka
masam isteri dia kat rumah..so.kita keluar jenjalan..
jadinya,ajak mak skali...
Belum ada anak boleh la siap bergambar bagai..huhu..
First time sebenarnya pakai shawl lain warna dengan baju n seluar..huhuhu..
tapi okey je kan..kan...
Ambil gambar dalam kereta menjadi perkara wajib bagi nieyl..
sebab nya...i love it shawl nie...hihihi..

Eh..terlupa lak nak cakap..
nieyl pergi jenjalan kat paradigm mall...
sebab nak beli barang sikit kat kaison..hihi..
Mak memang suka bunga...
 Bila dah berjam-jam jalan,mak pun dah tak larat nampaknya...
kita singgah minum kat Teh Tarik Place...
Teh ais fav nieyl...super sedap...lain dr yg lain rasanya...
sebab nieyl memang akan order teh ais g mana² pun...
 Mee goreng dia memang sangat sedappp...
 Tauhu nie..nieyl makan kosong je..
sebab nieyl tak suka ngan rasa sos dia tu...

Seharian keluar dengan mak..
Ayat yang selalu mak sebut..
"masuk sana..masuk sini..tapi tak beli apa pun"
hahaha..

Lelagi kalau dalam kaison tu..
memang nieyl pusing dlm tu berkali²..
smpai mak pening..last² mak kata...mak tunggu kat luar laaa...hihihi..
Kesian mak...
Sori mak..anak ngan menantu mak nie memang mcnie..
klu keluar shopping...tapi balik tak tangan kosong tau..hihi..
nanti nieyl cerita,apa nieyl beli yea... :)

-LOVE xoxo-
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

Taman Hijau Di Rumah

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Last week en.husband ade free time kat rumah...
isteri dia makan gaji..so,kerja laaa..hihi..
Balik je rumah last week...
tetiba en.husband panggil dr luar rumah...
mcm penting sangat....

Isteri dengan muka cuaknya nie..
Keluarlah...nak tengok apa ke helnya...
upernyer...dia nak tunjuk...↓



Actually,depan rumah nieyl nie kosong...
Tak ade 1 pokok pun..Sbb 2 bulan lepas baru start beerkebun tepi rumah...
last week tengok en.husband dah beli pokok,batu ngan pasu...

Cantiklah pulak..hihihi...
kata en.husband banyak lagi die nak tambah nanti..
die nak buat taman mini..huhu...

Ha..bagus la tu...
Menantu ngan mak mertua ade minat yg sama..
klu harap anak mak nie..hmm...xtaw laaa....
jadi hutan je la...hihihi..


-LOVE xoxo-

  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

Hilangkan selsema anda

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Setiap kali  serang demam selesema memang agak 'tangkap' kepala.
 Lagi parah kalau sampai air hidung mula meleleh, terus hilang mood nak buat kerja kan.
Demam selesema bukanlah penyakit bahaya yang boleh hilang
sendiri tetapi kalau cukup nutrisi, confirm anda kembali sihat.
Kalau makan ubat selsema kita akan mengantukkan...
 Cuba petua ini untuk hapuskan demam selesema..



1. Vitamin C 
Vitamin C bermanfaat untuk mempertahankan sistem imun tubuh dan melawan selesema. Anda boleh dapat zat ini dengan makan kentang, lada benggala hijau, strawberi, nenas dan paling senang buah oren untuk melawan selesema. 

 2. Halia 
Bukan hanya selesema, halia juga boleh rawat batuk dan demam. Caranya mudah, parut halia dalam air panas dan anda boleh tambah sedikit gula melaka untuk rasa manis atau boleh dicampurkan dengan teh. Minumlah air halia suam atau panas.

3. Bawang Putih 
Bawang putih mengandungi antioksidan yang berguna dalam sistem kekebalan tubuh untuk melawan bakteri dan virus, termasuk mencegah dan rawat selesema. Jika anda diserang demam, ketepikan dulu ubat dan cuba makan bawang putih. Kalau nak lebih berkesan anda boleh terus tumbuk dan makan bawang putih. 

 4. Bayam 
Tak suka makan sayur? Haa... selepas ini anda kena jga paksa telan sebab bayam mengandungi serat, antioksidan, seperti vitamin C, dan banyak lagi. Kalau masak bayam, jangan lama. Cukuplah dalam 10-15 minit.


Selamat mencuba...

-LOVE xoxo-



  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

Giveaway Holiday @ Bandung Anum

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 


Klik Banner Untuk Join



  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

Haiwan Peliharanku yang manja

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Selamat Petang isnin semua...
lambat benor enjin panas hari isnin nie...
dah petang² baru ada kerajinan nak update ..

Dah petang² nie tak nak share yg berat²..
nak share yang santai² je...
Mieka semakin hari semakin membesar...
 Yang besar tu mieka...
yang kecik tu nieki...actually pada yang tak tahu...
yg kecik tu mak kepada mieka..huhuhu...
 skrg nie yang paling manja adalah mieka...
uolls tengoklah die tidur kat mana tu..
nak dipangku...
Bila dah berpangku...lama..
sampai naik kebas kaki nie hah...
Yang paling tak boleh tahan...nieki usha dari jauh je...
Mesti dalam hati dia berkata²...
"menyampah pulak aku tgk si mieka nie,mengada²..aku pun x mcm tu"
hahaha


-LOVE xoxo-
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

Bukan mudah untuk mengawal kemarahan

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Baru pagi tadi kongsi perkara² sunat yang kita boleh lakukan hari ini dan sepanjang hayat..

Manahan marah..

Pagi ini di uji dengan sesuatu yang membangkitkan sel kemarahan dalam badan..
Cuba beristifar sambil air mata mengalir..
menahan kemarahan daripada terus menguasai diri...
Rasa macam berperang dengan diri sendiri...

Di saat ini masih lagi cuba bertahan..
bukan mudah untuk mengawal sesuatu yang dah berkubu dalam diri ini..
bertahun² kan..


-LOVE xoxo-

  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

Hari Asyura

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


HARI ASYURA yang ditetapkan pada 10 Muharram setiap tahun. Sebagai seorang muslim kita dianjurkan untuk menggunakan kesempatan yang mulia ini untuk melakukan amalan-amalan yang sesuai dengan tuntutan sunnah Rasulullah S.A.W. Pada hari tersebut kita disarankan untuk sentiasa berusaha dan berwaspada agar amalan-amalan yang dilaksanakan tidak TERPESONG dari ajaran Islam.

Perkara sunat dilakukan pada hari Asyura


  1. Puasa Sunat Asyura dengan niatnya dibaca Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala. 
  2. Melapangkan masa / belanja anak dan isteri.
  3. Memuliakan fakir miskin.
  4. Menahan marah. 
  5. Menunjukkan jalan yang lurus / membetulkan orang yang sesat / orang yang salah (terpesong aqidah (tauhid) dan akhlaknya).
  6.  Menyapu / mengusap kepala anak yatim (menghormati dan memuliakan mereka). 
  7. Bersedekah. 
  8. Memelihara kehormatan diri. 
  9. Mandi Sunat dengan lafaz niatnya: "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala."
  10. Bercelak. 
  11. Membaca Qulhuwallah (Surah Al-Ikhlas) hingga akhir seribu kali. 
  12. Sembahyang sunat empat rakaat dengan lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala. Pada rakaat pertama dan kedua selepas al-Fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali.
  13. Menjamu orang berbuka puasa.

SELAMAT HARI ASYURA

  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

Perkahwinan Jarak Jauh

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 


Orang kata  'kalau sayang anak tangan-tangankan sayang isteri tinggal-tinggalkan'.
Siapa yang melalui perkahwinan jarak jauh?Nieyl tak pernah melaluinya..
Syukur Alhamdulillah..jodoh bersama orang dekat..
Kawan² ada yang pernah melaluinya dalam jangka masa panjang jugak la..
  Zaman dulu si suami keluar rumah berbulan lamanya kerana mencari
 nafkah untuk anak-anak dan isteri. Zaman sekarang pula,
 isteri atau suami terpaksa berpisah kerana masing-masing mempunyai
 kerjaya di tempat yang berbeza.

Tips yang mungkin boleh membantu


1.Menerima dengan hati terbuka 

Setiap pasangan perlu menerima segala yang berlaku sebagai takdir. Pasti ada kebaikan dan hikmah mengapa mereka terpaksa berjauhan selepas berkahwin. Lihat dari sudut yang sangat positif dan berusaha untuk menyatukan semula keluarga jika ada peluang bertugas di negeri dan tempat yang sama dengan pasangan



2.Gunakan masa berkualiti bersama 

Jika selalu berjauhan, sesekali pulang ke rumah pasangan. Pastikan anda menggunakan masa dengan berkualiti. Habiskan masa yang berkualiti bersama isteri dan anak-anak dan lakukan aktiviti bersama supaya ia dapat mengeratkan silaturahim dalam keluarga serta ikatan kasih dalam keluarga dapat dikukuhkan lagi. Buat aktiviti yang boleh melibatkan seluruh ahli keluarga seperti isteri suami dan anak-anak.


3.Yakin dengan kesetiaan

 Setiap pasangan yang terpaksa melalui PJJ mesti yakin pada isteri atau suami masing-masing. Apa yang kita fikirkan adalah doa. Sekiranya kita fikir baik, maka baiklah juga yang kita peroleh sebaliknya jika kita fikir yang buruk, buruk juga yang kita dapat.

 4.Berkomunikasi 

Di zaman serba moden dan teknologi yang canggih, berpisah beribu batu dapat dihubungkan dengan teknologi canggih seperti telefon, Internet, skype dan E-mel. Penggunaan teknologi dapat merapatkan hubungan suami dan isteri. Hubungi pasangan sekerap yang boleh. Bertanya khabar dan sentiasa meluangkan masa untuk bersms dan bercakap dengan pasangan melalui telefon dan sebagainya.

 5.Sentiasa berdoa 

Melalui fasa perkahwinan PJJ memerlukan banyak kesabaran dan ketabahan diri. Sentiasa melihat sesuatu dari sudut kebaikan dan sentiasa berdoa. Satu senjata yang paling kuat bagi orang yang terpaksa tinggal berjauhan dengan pasangan ialah doa dan sentiasa dekatkan diri pada Allah. 


-LOVE xoxo-
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

GIVEAWAY : Duit Saku Dari BBL

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 


Klik gambar untuk join

Assalamualaikum &  hello there,


Rasanya dah makin stress rakyat Malaysia dengan isu harga barang & perkhidmatan dah naik. Pergi sana - harga barang naik, pergi situ - harga itu naik & datang sini pun dah naik harga. Tapi jangan risau jangan kusut kepala kerana BBL nak kasi duit saku untuk korang! 

Tepuk tangan sikit!

Boleh buat belanja nasi lemak & teh tarik untuk breakfast atau beli nasi goreng telur mata makan malam ya. Kiran macam BBL belanja versi digital la. Okay check out berapa banyak duit saku untuk pemenang.

Hadiah duit saku dari BBL

Duit saku RM30 
untuk 1 orang pemenang

Duit saku RM20 
untuk 1 orang pemenang


Duit saku RM10 
untuk 2 orang pemenang

Duit saku RM5 
untuk 4 orang pemenang

Cara nak join sangat mudah. Follow step dibawah :

1. Add BBL di

Follow blog

LIKE fan page

Add Google+

Add Twitter

Add  Instagram

2. Buat satu entri bertajuk "Giveaway Duit Saku Dari BBL"

3. Copy coding yang disediakan & paste kat ruang HTML & publish entri


Cara nak paste code dalam entri


4. Tinggalkan link URL entri korang dalam kotak komen SINI (link)

Tu saja. Senang sangat kan.

Tarikh tamat giveaway pada 14 November 2015

Pemenang akan diumunkan pada 16 November 2015 nanti

-LOVE xoxo-
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

Fuyooo !!! Giveaway by Mama Darwiish

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


klik banner untuk join
FUYOOO !!! GIVEAWAY 
by Mama Darwiish
Hadiah  :
1x Leonovo A560 + 8Gb SD Card 
1x Cartoon Power Bank 8800 mAh 
1x Mini MP3
1x Neesya Serum
1x Cash RM50
Tempoh :
28 Sept 2015 - 28 Okt 2015
Pengumuman Pemenang 31 Okt 2015
Syarat-syarat :
1. Blogger yang beralamat di malaysia
2. Wajib mempunyai akaun instagram
3. Follow, Add, Like semua blog, fanpage, G+, instagram penaja
4. Copy Code yang disediakan dan paste di ruang html blog anda
5. Tag minimum 3 rakan  anda yang lain dan pastikan mereka tahu
6. Tinggalkan link penyertaan & emel di kotak komen entri ini
Pemilihan pemenang :
1. Kesemua pemenang akan dipilih menggunakan random
2. Penyertaan akan terbatal jika gagal ikut syarat terutama No.2
3. Pemenang akan dihubungi melalui email
Follow Blog  : http://mamadarwiish.blogspot.my/ http://sharingiscaring-fiza.blogspot.my/ http://unclezuan.com/ http://mrspuex.blogspot.my/ http://mekzumbie.blogspot.my/ http://www.hafizhafizol.my/ http://aderakukeysah.blogspot.my/ Follow G+ :  : Khalid Kyle Blurrydino
Like Page Penaja :
Mama Darwiish
SuperMom With SuperKids
Blog Uncle Zuan
MrsPuexDotBlogspotDotCom
Gloxina17
Acacia Beauty Care HQ
Qyra Beauty Care
Follow Instagram :



  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

Detail tempat tempah halwa betik

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Hai uolls...
entry kali nie..nieyl nak clearkan kat sini...
nieyl tidak amek apa² tempahan halwa betik...
Mungkin ada yang salah faham bila baca Entry nieyl sebelum nie..(klik sini) 

Ada beberapa orang pm nieyl kat fan page tanya pasal tempahan halwa betik nie..
smlm pun ada terima satu komen tanya pasal halwa betik..

Ok hari ini nieyl akan bagi detail tempat nieyl tempah halwa betik tuh..:)
hopefully dapat membantu mereka yang mencari orang yang boleh buat halwa betik :)


D'rose Manis
Batu 40, 
Kampung Olak-Lempit,
42700, Banting
Selangor Darul Ehsan

Hajjah Niena (013 343 6019)


-LOVE xoxo-
Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

Puasa Sunat 9 dan 10 Muharam

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 



-LOVE xoxo-
     Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

Petua Hilangkan kedut

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Ada tak garis halus mula kelihatan jelas pada wajah di bahagian mata,
 dahi dan sekitar mulut selari dengan peningkatan umur kita. 

Jom atasi dengan cara sama ada perawatan moden atau cuba petua
alami yang dapat membantu 'ketepikan' penuaan.
Untuk dapatkan hasil yang terbaik, mesti disiplin lakukan petua ini...


1. Buih putih telur 

Pecahkan telur, asingkan bahagian kuning dan putih. Ambil buih-buih yang terdapat pada putih telur. Sapukan pada wajah yang bermasalah sebelum tidur. Biarkan semalaman, keesokan harinya cuci wajah dengan air sejuk. Lakukan setiap hari, kedutan akan berkurangan. Begitu juga dengan garis halus. 

 2. Tidur & rehat yang cukup 

Walaupun mengamalkan pelbagai petua dan mengambil suplemen, anda kena dapatkan rehat dan tidur yang cukup. Ketika tidur, tubuh dan minda berehat. Ini waktu terbaik menggantikan sel kulit baru. Cukup tidur dan rehat juga membuatkan wajah serta tubuh segar dan bertenaga. Secara semula jadi, anda akan kelihatan sihat dan ceria. 

 3. Uncang teh hijau

Amalkan minum teh hijau setiap hari. Uncangnya jangan dibuang, tekapkan pada bahagian mata. Biarkan selama 15 sehingga 20 minit. Bilas bersih, mata akan kelihatan bercahaya, segar dan kedutan akan berkurangan. Uncang teh hijau juga antara cara terbaik untuk menghilangkan lingkaran gelap di bawah mata. 

 4. Vitamin E kena utamakan 

Amalkan mengambil makanan yang kaya dengan Vitamin E seperti buah-buahan dan sayur-sayuran. Vitamin E adalah rahsia awet muda, melambatkan penuaan dan membuatkan kulit tampak cantik secara semula jadi. 

 5. Air putih 2 liter sehari Minum air putih sekurang-kurangnya 2 liter sehari terutama ketika cuaca panas. Air putih yang cukup menjadikan kulit lembap dan sihat. Ini juga cara untuk buang toksin dalam badan sekali gus menentang penuaan. 

 6. Masker buah-buahan

 Khasiat buah sangat baik untuk kecantikan dan kesihatan. Buah-buahan juga boleh digunakan sebagai masker. Lenyek buah betik, sapukan pada wajah. Biarkan sehingga 20 minit, bilas bersih. Buah strawberi juga boleh digunakan sebagai masker, kaedahnya sama seperti buah betik. 

 7. Jangan tinggalkan pelembap 

Nak kekalkan kelembapan dan keremajaan kulit, sapukan pelembap sekerap mungkin. Bukan susah, janji sebelum tidur anda boleh sapu sedikit pelembap atau serum.

Walaupun umur belum masuk 30-an..
persediaan tu kena ada kan dari sekarang..
nak try laaa.... :)

-LOVE xox-


  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

Jualan Gudang Karangkraf Akhir Tahun 2015

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Sesiapa yang terluang...
Boleh la kunjungi Jualan nie.. :)


-LOVE xoxo-





  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

Siapa takut naik kapal terbang?

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Mengikut sumber,
 sebanyak 64 peratus perempuan dan 36 peratus lelaki mengalami 
fobia menaiki pesawat atau digelar sebagai penghidap Aviophobia. 

Aviophobia merupakan satu jenis ketakutan, rasa cemas, dan 
gelisah ketika menaiki kapal terbang. Ketakutan ini bukan sahaja
 menimbulkan kegelisahan kepada penghidapnya malah turut 
mengganggu hidup mereka yang terpaksa berhadapan dengan 
masalah apabila mereka tidak dapat menaiki kapal terbang untuk tuntutan kerja. 

 Ketakutan ini bukanlah asing, malah bagi kita yang pertama kali menaiki kapal terbang mungkin juga akan mengalami perasaan yang sama. Namun begitu, pengidap Aviophobia biasanya akan mengalami rasa takut yang lebih kronik dan melampau sehingga boleh mengganggu emosi. 

nieyl ada seorang kakak dengan suami dia memang takut naik kapal terbang...
sehinggalah sekarang nie...

 8 tip yang munkin kita boleh guna bersama..


 Cuba Sampai Awal di Lapangan Terbang

 Datanglah ke lapangan terbang lebih awal dari jadual penerbangan. Jika terlambat, pastinya wujud perasaan cemas ketinggalan pesawat. Rasa cemas ini sememangnya tidak akan membantu sebaliknya menjadikan anda lebih teruk! Bayangkan apabila jantung berdegup kencang, ia akan menyukarkan keadaan untuk anda menjadi relaks ketika di dalam kapal terbang. Paling tidak, cubalah untuk sampai sejam sebelum berlepas! 

 Memilih Tempat Duduk 

Untuk memilih tempat duduk, tempahan awal perlu dibuat. Tempahan online boleh membantu kamu melihat kedudukan tempat duduk yang kamu mahukan. Buat merekayang mudah rasa cemas ketika kapal terbang ingin berlepas atau mendarat, tempat duduk barisan hadapan adalah paling sesuai. ini adalah kerana bahagian hadapan agak kurang terasa geloranya. 

 Elakkan Minum Kopi atau Minuman Berkafein 

Minuman berkafein seperti kopi, teh dan minuman tenaga boleh membuatkan minda menjadi lebih ‘hyper’ dan menjadikan kita lebih gelisah ketika berada di dalam ketakutan. Antara minuman yang dicadangkan adalah air masak atau jus buah-buahan.

 Mendengar Muzik yang Menenangkan 

Muzik instrumental atau lagu kegemaran boleh menjadi peneman di kala berada di dalam kapal terbang. Muzik yang lembut juga bakal memberikan anda ketenangan sekali gus menjadikan anda lebih relaks.


Cuba Latihan Pernafasan 

Menarik nafas dengan betul biasanya akan membuatkan anda berasa lebih tenang. Caranya mudah! Mulakn dengan menutup mata, tarik nafas sedalamnya dengan menggunakan perut, tahan seketika dan kemudian hembus perlahan-lahan. Ulangi beberapa kali dan pastinya teknik ini berkesan untuk menghilangkan rasa gementar yang dialami. 

Beritahu Pegawai Penerbangan 

Beritahu pramugara atau pramugari yang bertugas bahawa kamu mengalami masalah ‘takut’. Tidak perlu merasa malu kerana rasa takut dan cemas biasanya dirasakan oleh kebanyakan penumpang lain. Krew penerbangan biasanya mempunyai cara tersendiri untuk menenangkan penumpang yang mengalami Aviophobia, mengikut latihan yang mereka terima. 

 Sibukkan Diri 

Kesibukan dengan melakukan beberapa aktiviti biasanya boleh mengalihkan perhatian dan melupakan seketika rasa takut dan cemas ketika berada di dalam kapal terbang. Membaca majalah yang disediakan atau berbual dengan penumpang sebelah mengenai topik menarik juga boleh dilakukan. 

 Jangan Terlalu Berfikir 

Cuba jangan terlalu memikirkan bagaimana corak perjalanan yang dikendali juruterbang. Sangat penting untuk berfikir bahawa rasa panik dan cemas akan berlalu. Jadi, abaikan sahaja perasaan takut dengan hanya berfikir betapa indahnya lokasi yang bakal anda kunjungi apabila tiba nanti!

Mengikut pengalaman nieyl sendiri, pernah rasa takut naik flight..
mcm² bermain di fikiran...kalau tak silap nieyl flight yg pertama kali nieyl naik..
time tu ke Penang kemudian ke Sabah..Alhamdulillah..
lama² perasaan tu hilang dengan sendirinya...InsyaÁllah..

*Mlm tadi salah seorang kakak office nieyl, kira memang rapat sangat..
selamat terbang ke ITALY untuk holidayyyy...semoga selamat pegi..
selamat kembali...huhuhu...

-LOVE xoxo-


  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

segmen blogwalking by mirza syazwina

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 


Jom join ramai²... klik banner ya


  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

Be Strong Nieyl

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 


Orang keliling mampu berkata
SABAR..
KUATKAN SEMANGAT
USAHA
Tapi hanya diri ini sahaja yang merasai kepayahan
untuk berkata perkataan² tu pada diri sendiri...
walaupun pada luarannya hanya SENYUMAN terukir...
di hatinya KEPEDIHAN..

YA ALLAH..
Berikan diri ini kekuatan sesungguhnya dugaanmu ini..
memberi seribu berkat kesabaran ku ini...
-LOVE xoxo-

  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

Muka cantik...ketiak hitam...

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 



 Pernah tak uolls rasa terganggu dengan situasi macam nie??
Memang memalukan bukan bila seorang gadis sunti yang cantik rupawan
tiba-tiba punyai kulit gelap di daerah ketiak.

 Jangan bersedih!
Jom selesaikan dengan beberapa tip yang
mudah agar kita miliki kulit yang cerah dan sekata di kawasan bawah lengan.
 Mudah-mudahan perubahan ini akan memberi satu
keyakinan dan semangat yang baru pada diri kita.

Jangan ambil mudah ye...
Penampilan tu luar dalam kena jaga.. :)


Pengelupasan Sel Kulit Mati 
Ok kalau oulls nak tahu  kulit hitam yang ada, sebenarnya merupakan
kumpulan sel kulit mati.
Jadi kita boleh gunakan produk-produk yang boleh di percayai
dan menyediakan perawatan khusus untuk membuang semua sel kulit mati
 terutamanya di bahagian kulit bawah lengan dengan cara penglupasan. 
 Kita jugak boleh mengunakan teknik menggosok bahagian ketiak menggunakan scrub,
 fungsinya untuk merangsang sel-sel kulit membentuk lapisan baru yang telah rosak.


Memilih Pisau Cukur 
 Bulu ketiak yang tidak di cukur sempurna adalah salah satu punca 
penyumbatan pori-pori kulit di sekitar ketiak. 
Ia boleh  menjadikan kulit di kawasan bawah lengan menghitam. 
 Jadi, untuk mengelakkannya pilih lah pencukur yang berkualiti dan elakan daripada 
memakai pisau cukur yang tumpul. Kamu juga boleh menggunakan
 altenatif waxing untuk mencabut bulu ketiak hingga ke akarnya


Jangan Salah Pilih Deodorant 
Jangan tak tahu ya..
 pemilihan deodorant yang salah juga boleh menyebabkan
 ketiak kamu gelap dan menghitam. Besar kemungkinan kandungan di dalamnya tidak 
berapa sesuai dengan jenis kulit kita hingga boleh menyebabkan kulit warna berubah menjadi gelap.apa kata pilih deodorant yang mengandungi 
kandungan asam linolenat dari minyak biji bunga matahari
 untuk mengurangkan warna hitam pada ketiak.
 Tetapi sebelum kita  guna, pastikan kamu tidak alah dan selamat menggunakannya.


Memutihkan Kulit Ketiak 
Semua orang nak putihkan kulit ketiak kan..
So, boleh Guna Limau Limau nipis bukan sahaja mempunyai bau yang sedap
 dan menyegarkan, ia juga boleh mengurangkan masalah kulit gelap di bawah lengan. 
Dan  juga boleh menghilangkan bau busuk di bahagian ketiak. 

Caranya senang sahaja. hanya perlu belah limau dan kemudian sentalkan di ketiak sehingga segala kotoran tetanggal. Oh ya, jangan lupa sentalkan sekali kulit limau di ketiak ya, sekurang-kurangnya ia dapat mengurangkan bau busuk yang ada!


Pola Pemakanan 
 Mungkin kita seorang yang suka makan makanan pedas.
 Hmm... mesti uollstak tahukan, ia bukan sahaja tidak baik untuk kesihatan perut, 
malah ia juga boleh menyebabkan kelenjar peluhmu semakin aktif.
 Jadi, pilih menu yang terbaik untuk badan. (yang nie nieyl baru tahu)


Pilih Deodorant Jenis Kering 
 Selepas mandi, kesat bahagian bawah lengan sehingga kering.
Kemudian sapukan deodorant yang jenis kering di kawasan tersebut.
 Elakkan daripada menggunakan deodorant yang mengandungi minyak wangi.
 Ini kerana, wangian itu boleh menghasilkan bakteria dengan aktif.
Silap haribulan ia mengeluarkan bau yang busuk.
(Oooo..patut la perasan orang yg suka pakai yang wangi² ni berlaga ngan peluh..
makkk aiii...naik bau keti diaaa ) huhuhu



Petua dan Cara Semula Jadi 

 BAKING SODA - Oleskan baking soda yang telah di campurkan dengan air selama 25 minit. Kandungan alkali akan menghasilkan gas yang mempu menyerap air atau bahang di bahagian ketiak. Cuba lakukan pekara ini setiap hari selama seminggu. 

 CUKA APEL DATAU CUKA GANDUM - Oleskan cuka epal atau cuka gandum di seluruh bahagian ketiak sebelum tidur. Biarkan selama semalaman kerana teknik ini akan membunuh bakteria, menghilangkan baud an menghilangkang bahang berlebihan di bawah lengan. Keesokannya cuci ketiak kamu dengan menggunakan air 

 TIMUN - Belah dua sebiji timun kemudia ambil dan oleskan belahan timun di kawasan bawah lengan. Biarkan ia selama 15 minit kemudian bilas ia dengan air sehingga bersih. 

 APEL - Selain daripada sedap di makan, sebiji apel juga boleh membantu untuk memutihkan kulit bawah lengan. Caranya tumbuk sebiji apel sehingga lumat kemudian sapukan di kawasan bawah lengan. Biarkan ia selama beberapa saat hingga terasa kering, akhirnya bilas ia dengan air yang sejuk.  

LEMON - Kandungan asid yang ada dalam sebiji limau mampu membunuh bakteria serta menghilangkan sel-sel mati. Caranya perahkan air limau terus ke bawah lengan kemudian oleskan dan sental ia dengan menggunakan kulit lemon keseluruh bahagian bawah lengan. Selepas itu, bilas ia dengan menggunakan air sabun. 

 MINYAK KELAPA - Sapu minyak kelapa dan urut lembut selama 10 minit. Kemudian bersihkan dengan air suam. Bonus buat uolls, ia bukan sahaja membantu mengurangkan masalah kegelapan di bawah lengan. Ia juga dapat menghilangkan bau busuk akibat peluh terutamanya di bahagian bawah lengan.



Sila Ambil Tahu..
Semoga ianya memberi maafaat ..
Selamat mencuba...


-LOVE xoxo-
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seindah Cerita Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign